Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Piawaian baru dilancarkan bagi penyimpanan makanan sejuk dan beku

Satu piawai keselamatan baru diperkenalkan bagi penyimpanan makanan sejuk dan beku.

Anggaran Waktu Membaca:
Piawaian baru dilancarkan bagi penyimpanan makanan sejuk dan beku

(Gambar: Genevieve Loh)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 05:44PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 06:40PM

SINGAPURA: Satu piawai keselamatan baru diperkenalkan bagi penyimpanan makanan sejuk dan beku.

Ia sebahagian daripada usaha Agensi Makanan Singapura untuk memastikan kesegaran dan mutu makanan sejuk.

Syarat-syarat umum dan kod amalan itu bertujuan mengurangkan risiko makanan rosak dan membantu syarikat-syarikat mengamalkan cara penghantaran lebih baik.

Ia akan memperkukuh keyakinan terhadap rantaian bekalan makanan Singapura dan menggalak peluasan khidmat rantaian sejuk di peringkat dunia.

Majlis Pentauliahan Singapura sedang melakar program untuk memastikan pensijilan dilaksanakan dengan rapi.

Untuk meningkatkan kesedaran dalam industri makanan, persatuan-persatuan perniagaan, penyedia latihan dan institut-institut pendidikan lanjut akan didampingi sebelum akhir tahun ini.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan