Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Piawai bagi industri kereta api dilancarkan di S'pura

Satu set piawaian yang pertama kali dibangunkan dalam negeri bagi industri kereta api dilancarkan pada Selasa (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2021 08:45PM Dikemas Kini : 23 Mar 2021 10:14PM

SINGAPURA: Satu set piawaian yang pertama kali dibangunkan dalam negeri bagi industri kereta api dilancarkan pada Selasa (23 Mac).

Dengan lebih banyak laluan kereta api bakal dibuka di Singapura, piawaian sedemikian boleh membantu memastikan kos operasi kekal mampan dan menjadikan kerja penyenggaraan lebih konsisten.

Secara keseluruhan, 60 piawaian itu akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun bagi memperbaiki khidmat kereta api dan meningkatkan keselamatan.

Tiga daripadanya sudah dilancarkan menumpukan kepada penyenggaraan disasarkan dan pengurusan aset.

Ia adalah hasil usaha sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada para pengendali kereta api, jurutera dan rakan berkepentingan yang lain.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berharap dengan menetapkan amalan-amalan baik itu juga dapat meningkatkan kemampuan perusahaan-perusahaan dan para pekerja.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan