Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Petak tanah di Lim Chu Kang diperuntuk bagi pertanian, penternakan telur puyuh

Tujuh petak tanah di Lim Chu Kang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat untuk pertanian dan penternakan telur puyuh, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dalam kenyataan medianya hari ini (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Petak tanah di Lim Chu Kang diperuntuk bagi pertanian, penternakan telur puyuh

Gambar fail kebun sayur di Singapura. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Dec 2018 10:34PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 10:39PM

SINGAPURA: Tujuh petak tanah di Lim Chu Kang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat untuk pertanian dan penternakan telur puyuh, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dalam kenyataan medianya hari ini (21 Dis).

Lima petak tanah bagi pertanian sayur-sayuran dianugerahkan kepada tiga syarikat - LivFresh and Delish Veggies, Kok Fah Technology Farm, dan Yili Vegetation and Trading.

Yili Vegetation and Trading dianugerahi plot tanah terbesar, terdiri daripada tiga petak berukuran lebih 60,000 meter persegi keseluruhannya. Dua petak tanah bagi penternakan telur puyuh dianugerahkan kepada Chi Agri Holding dan N&N Agriculture.

Menurut AVA, syarikat-syarikat itu membentangkan "sistem pertanian produktif dan inovatif" dalam cadangannya seperti "sistem pengairan bergerak untuk mengautomasikan jarak dan perolehan tanaman", "sistem pendinginan rumah tanaman yang boleh dikawal dengan sensor lampu dan suhu" dan sistem pertanian telur puyuh dengan penyuap automatik (automatic feeder) serta sawat ambil telur (egg retrieval belt).

Tender dibuka bagi petak-petak tanah menggunakan kaedah harga tetap bagi memastikan tender-tender dianugerahkan berdasarkan konsep cadangan terbaik, dan bukan harga bidaan tertinggi, menurut AVA. Tender itu dilancarkan pada 26 Jun dan ditutup pada 4 Sep tahun ini.

"Menganugerahkan tender-tender kepada mereka yang membentangkan cadangan yang produktif, inovatif dan mampan satu langkah besar dalam perubahan sektor pertanian kita," kata Pengarah Kumpulan AVA bagi Kebingkasan Bekalan Makanan, Encik Melvin Chow.

"Kami berharap lebih ramai syarikat akan tampil dengan sistem pertanian produktif pada masa hadapan," tambah beliau.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan