Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat terhempas: PM Lee utus kawat takziah kepada Presiden Cuba

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus kawat takziah kepada Presiden Miguel Diaz-Canel menyusuli insiden pesawat terhempas di Cuba pada Jumaat (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2018 07:11PM Dikemas Kini : 21 May 2018 11:46PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus kawat takziah kepada Presiden Miguel Diaz-Canel menyusuli insiden pesawat terhempas di Cuba pada Jumaat (18 Mei).

Seramai 110 penumpang maut dalam kemalangan tersebut.

Dalam kawat takziahnya, PM Lee berkata beliau amat berduka cita setelah mengetahui tentang insiden pesawat terhempas serta kehilangan tragik nyawa para penumpang dan anak kapalnya.

Bagi pihak Pemerintah Singapura, PM Lee melahirkan rasa sedalam-dalam takziah kepada keluarga para mangsa.

PM Lee juga berkata ingatan beliau ada bersama anggota keluarga mangsa dan rakyat Cuba pada masa-masa sukar ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan