Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat Jetstar tidak berangkat gara-gara 2 penumpang bertekak

Satu pertikaian antara dua penumpang pesawat Jetstar berhubung penggunaan telefon bimbit, menyebabkan pesawat yang mereka naiki tidak dapat berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Jetstar tidak berangkat gara-gara 2 penumpang bertekak

Pesawat Jetstar di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 24 Dec 2017 08:14PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 08:18PM

SINGAPURA: Satu pertikaian antara dua penumpang pesawat Jetstar berhubung penggunaan telefon bimbit, menyebabkan pesawat yang mereka naiki tidak dapat berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Pesawat Jetstar 3K161 itu dijadualkan berangkat ke Darwin, Australia pada 11.20 malam Jumaat lalu (22 Dis).

Namun, ia terpaksa berhenti ketika sedang bergerak di landasan apabila satu pertikaman lidah berlaku.

Ini selepas salah seorang penumpang pesawat tersebut enggan mematikan telefon bimbitnya.

Selepas ancaman-ancaman secara lisan dikeluarkan, kapten pesawat akhirnya memutuskan untuk kembali ke terminal dan tiga orang penumpang dikeluarkan daripada pesawat.

Pesawat Jetstar itu akhirnya berlepas sekitar 7:15 pagi semalam (23 Dis) iaitu lapan jam lewat daripada jadual asalnya. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan