Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesalah Melayu di DRC sambut baik program FITRAH yang bantu mereka dan keluarga

Soal pekerjaan dan membina semula hubungan bersama keluarga mereka setelah dibebaskan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Soal pekerjaan dan membina semula hubungan bersama keluarga mereka setelah dibebaskan.

Itulah antara dua isu keprihatinan yang dikongsi 23 pesalah dadah di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) bersama Setiausaha Parlimen Kanan, Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin.

Peluang meluahkan isi hati oleh para pesalah dadah itu dibuat semasa mereka diberi kesempatan berbuka puasa dengan Encik Amrin pada Selasa (14 Mei).

Dalam sesi pertemuan dari hati ke hati itu, Encik Amrin juga memberikan penjelasan tentang program FITRAH hasil kerjasama rangka kerja M³ - MUIS, MENDAKI dan MESRA bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Khidmat Penjara Singapura.

Program FITRAH memberi sokongan holistik kepada pesalah dan keluarga mereka danbaru dilancarkan hujung minggu lalu.

"Saya rasa projek FITRAH ini sebenar-benarnya satu usaha masyarakat oleh masyarakat dengan sokongan kuat dari pemerintah.

"Jadi inilah saat-saat juga di mana kita sebagai masyarakat bersama-sama berganding bahu menunjukkan yang mereka tetap ada tempat di masyarakat dan kami sentiasa menerima mereka dan harap mereka akan terus ke pangkal jalan," menurut Encik Amrin yang mengalu-alukan sokongan bersama masyarakat.

MENABUR HARAPAN BAGI MASA DEPAN LEBIH CERAH

Program FITRAH yang bertujuan memberi sokongan bukan hanya kepada pesalah Muslim dalam penjara malah anggota keluarga mereka, mendapat sambutan baik di kalangan pesalah yang ditemui Encik Amrin.

Pesalah dadah di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) berbuka puasa. (Gambar: Khidmat Penjara Singapura, SPS)

Antara mereka termasuklah 'Hafiz', 32 tahun.

Hafiz adalah pesalah dadah kali kedua, yang berazam membuka lembaran baru dengan menyertai program FITRAH.

"Dengan FITRAH, insya-Allah, mereka dapat berikan kami pilihan untuk memberi semula kepada masyarakat dan berubah demi masa depan.

"Saya harap dapat kerja baru, berbuat baik semula dan menyumbang balik kepada ibu bapa saya yang telah selama ini membantu saya." kata "Hafiz", yang kembali masuk ke DRC setelah 8 bulan dibebaskan.

Untuk memastikan pesalah lain seperti 'Hafiz' dapat dibantu, Encik Amrin mengalu-alukan lebih ramai relawan tampil ke depan untuk menjadi pendamping masyarakat bagi golongan ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan