Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit sudah pulih dari COVID-19 mungkin berisiko alami darah beku, menurut pasukan saintis NTU

 Para pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19, terutama sekali mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular (jantung) sedia ada, mungkin berisiko mengalami darah beku yang disebabkan oleh respons imun yang terlalu aktif dan berpanjangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit sudah pulih dari COVID-19 mungkin berisiko alami darah beku, menurut pasukan saintis NTU

(Gambar: NTU Singapore)

Diterbitkan : 14 Apr 2021 09:36PM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 09:40PM

SINGAPURA: Para pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19, terutama sekali mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular (jantung) sedia ada, mungkin berisiko mengalami darah beku yang disebabkan oleh respons imun yang terlalu aktif dan berpanjangan, menurut dapatan satu kajian yang dijalankan di Singapura.

Kajian itu, yang diterajui oleh para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU), menyiasat kemungkinan terdapat kaitan antara COVID-19 dengan risiko berlaku pembekuan darah yang lebih tinggi, sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan jangka sederhana dan panjang jangkitan dan penularan jangka panjang COVID-19", menurut NTU dalam kenyataan medianya pada Selasa (13 Apr).

Pasukan dari NTU itu mengumpul dan meneliti sampel darah daripada 30 pesakit COVID-19 selama sekitar sebulan setelah mereka pulih daripada jangkitan virus tersebut dan dibenarkan keluar hospital.

Dalam penemuan yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah eLife yang dikaji oleh rakan-rakan sejawatan pada Mac, para penyelidik mengesan tanda-tanda kerosakan pada saluran darah pada kesemua 30 pesakit, mungkin disebabkan oleh respons imun yang berpanjangan, yang mungkin menyebabkan pembekuan darah berlaku.

"Penemuan itu mungkin membantu untuk menjelaskan mengapa sesetengah individu yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 menunjukkan simptom komplikasi darah beku selepas pemulihan awal mereka," menurut NTU.

"Bagi sesetengah kes, mereka berisiko tinggi terkena serangan jantung, angin ahmar atau kegagalan organ apabila darah beku menyekat arteri utama ke organ-organ penting."

Penolong Profesor NTU Christine Cheung, yang menerajui kajian itu berkata: "Dengan lebih ramai pesakit pulih daripada jangkitan COVID-19, kami mula mendengar dari klinisian perubatan mengenai pesakit yang mengalami isu pembekuan darah setelah mereka dibenarkan keluar hospital dan pulih daripada jangkitan virus itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan