Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit Melayu guna telekonsultasi untuk 'jumpa' doktor di poliklinik naik 5 kali ganda

Semakin ramai pesakit menjalani pemeriksaan doktor tanpa perlu ke poliklinik iaitu menerusi telekonsultasi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semakin ramai pesakit menjalani pemeriksaan doktor tanpa perlu ke poliklinik iaitu menerusi telekonsultasi.

Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan (NHGP) mendedahkan permintaan bagi sesi sedemikian juga naik lima kali ganda dalam kalangan pesakit Melayu, berbanding tempoh sebelum COVID-19.

Dilancarkan pada 2013, khidmat telekesihatan diluaskan dan rancak dijalankan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada tahun 2020.

Selain diadakan melalui aplikasi 'zoom', proses telekonsultasi sebenarnya seakan konsultasi fizikal.

Misalnya, selepas pesakit log masuk ke alamat 'zoom' yang diberikan, mereka masih perlu melalui pengesahan (verification) oleh seorang jururawat terlebih dahulu di ruang menunggu, sebelum berjumpa doktor.

"Walaupun telekonsultasi merupakan pendakatan yang berbeza, namun ia mendatangkan hasil yang sama di mana khususnya kita memilih pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit kronik yang stabil seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi," kata Dr Nurul yang sudah berkhidmat sebagai doktor keluraga di situ sejak 2016.

Dr Nurul menambah, ramai di antara pesakitnya yang sudah berusia juga cukup menggunakan khidmat tersebut.

(Gambar: Syawal Yusoff)

Bermakna sekitar 4,000 sesi telekonsultasi dijalankan setiap bulan.

"Kita juga mendapati sebanyak 11 peratus adalah para pesakit Melayu kita. Walaupun sekarang kadar kes COVID-19 masyarakat kita agak rendah, tapi kita masih mendapatkan peningkatan yang menggalakkan," tambah Dr Nurul.

KHIDMAT INI BUKAN UNTUK SEMUA ORANG

Namun, bukan semua yang boleh menggunakan khidmat itu. Ia hanya ditawarkan bagi para pesakit penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi yang terkawal yang dirujuk oleh doktor.

Secara keseluruhannya sejak tahun 2013, lebih 210,000 sesi telekonsultasi dijalankan di enam poliklinik NHGP.

"Tinjauan yang kami telah lakukan di NHGP menunjukkan lebih daripada 800 pesakit yang ditanya, lebih daripada 95 peratus yang rasa puas hati dengan perkhidmatan ini kerana mereka rasa mereka masih menerima rawatan kesihatan yang berkesan dengan cara yang selamat dan mudah di kediaman mereka sendiri," menurut NHGP.

Kos bagi khidmat telekonsultasi, menurut penyedia kesihatan itu, sama dengan sesi konsultasi bersemuka. Buat tempoh sekarang ini juga, kos penghantaran ubat ke rumah tidak akan dikenakan.

Dr Nurul Azyan menjelaskan: "Kami dapat menumpukan lebih banyak perhatian untuk memberi pesakit lebih banyak informasi tentang penyakit kronik mereka. Dari segi pesakit juga, mereka memberi kami maklumbalas dimana mereka rasa lebih selesa dan memberikan lebih banyak kemudahan."

Disebabkan pandemik COVID-19, NHGP kini memperluaskan lagi tujuh khidmat telekesihatannya di kesemua enam polikliniknya di Singapura.

KHIDMAT BERJAYA MEMENANGI ANUGERAH

Inisiatif itu terbukti berkesan sehingga NHGP tampil menjadi satu-satunya kumpulan poliklinik yang berjaya menerima 'Pingat Amalan Terbaik' dalam kategori 'Mereka Semula Jagaan' dalam Anugerah Inovasi dan Produktiviti Jagaan Kesihatan Nasional 2021, pada awal bulan ini.

(Gambar: NHGP)

Anugerah yang diberikan Pusat bagi Inovasi Kesihatan (CHI) itu mengiktiraf institusi-institusi jagaan kesihatan yang mencapai kecemerlangan dalam proses dan aliran kerja meskipun di tengah-tengah pandemik.

Sebanyak tujuh projek dari Thye Hua Kwan Moral Society, Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan Hospital Besar Singapura (SGH) turut membawa pulang anugerah dalam kategori-kategori lain termasuk 'Automasi, IT dan Inovasi Robotik' dan 'Transformasi Tenaga Kerja'.

Memandang ke hadapan, NHGP akan meluaskan lagi khidmat telekesihatannya sedang Singapura melangkah ke norma baru dalam landskap jagaan kesihatan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan