Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit COVID-19 'sihat dan stabil' akan dipindah ke hospital privet terpilih

Pesakit COVID-19 yang beransur pulih dan dalam keadaan stabil akan dipindahkan ke hospital-hospital swasta terpilih untuk memastikan sektor awam berkeupayaan menguruskan kes-kes yang lebih mudarat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit COVID-19 'sihat dan stabil' akan dipindah ke hospital privet terpilih

Kakitangan kesihatan mempersiapkan prosedur pemeriksaan awal di bangunan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 31 Jan 2020. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 09:14AM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 10:09AM

SINGAPURA: Pesakit COVID-19 yang beransur pulih dan dalam keadaan stabil akan dipindahkan ke hospital-hospital swasta terpilih untuk memastikan sektor awam berkeupayaan menguruskan kes-kes yang lebih mudarat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (23 Mac).


"Sedang jumlah kes COVID-19 meningkat di merata dunia dan virus itu terus merebak dengan pantas, kami menjangkakan jumlah kes di Singapura akan meningkat."


"Sebagai sebahagian daripada pelan respons kecemasan, Kementerian Kesihatan sudah melakar rancangan-rancangan untuk memperluaskan keupayaan khidmat hospital dan klinikal kami untuk menangani permintaan yang meningkat," menurut MOH semasa menjawab pertanyaan media.


Pada Isnin (24 Mac) Singapura mengesahkan 54 kes baru COVID-19, melonjak ke paras tertinggi dalam masa 24 jam, dengan 54 orang disahkan dijangkiti virus itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada seramai 509 orang.


Dalam tempoh tiga hari lalu, 20 pesakit dipindahkan dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), ke Hospital Concord International dan 29 pesakit dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth menerusi ambulans yang diperuntukkan khas untuk tujuan itu, menurut kementerian tersebut.


"Pesakit-pesakit secara umumnya dalam keadaan baik dan akan terus dirawat di hospital-hospital swasta tersebut sehingga mereka pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan disahkan negatif bagi dua ujian yang dijalankan berturut-turut dalam masa 24 jam," tambah MOH.


MOH menambah bahawa sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, para pakar daripada sektor jagaan kesihatan awam bekerja rapat dengan hospital swasta untuk menilai sama ada infrastruktur dan sumber-sumber sedia ada sesuai untuk mengurus kes-kes COVID-19.


Kedua-dua pihak juga berusaha untuk membangunkan protokol-protokol ujian klinikal dan swab, pengasingan yang sesuai dan langkah-langkah mengawal jangkitan, di samping kriteria membenarkan keluar hospital.


"Terdapat rancangan untuk memperluaskan kerjasama dengan hospital-hospital swasta untuk mengurus kes-kes COVID-19 serta pesakit dengan masalah kesihatan lain untuk membolehkan sektor awam menampung lebih ramai pesakit," tambah MOH. 


Pada Jumaat, pengarah MOH bagi khidmat perubatan Kenneth Mak berkata Pemerintah sedang mengkaji untuk mempertingkatkan keupayaan hospital-hospital awam dengan bekerjasama dengan hospital-hospital privet. Beliau juga berkata bahawa sebelum penularan COVID-19, kerjasama-kerjasama yang berfaedah sudahpun terjalin, dengan pesakit daripada hospital awam dirawat di hospital swasta.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan