Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit buah pinggang mati selepas prosedur masukkan kateter; satu peristiwa malang, tiada unsur khianat, kata koroner

Seorang pesakit ginjal berusia 74 tahun meninggal dunia semasa prosedur memasukkan kateter di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) setelah arteri dan uratnya tertusuk, kata seorang koroner pada Rabu (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit buah pinggang mati selepas prosedur masukkan kateter; satu peristiwa malang, tiada unsur khianat, kata koroner

Gambar fail Hospital Tan Tock Seng. (Gambar: Tan Tock Seng Hospital/Facebook)

Diterbitkan : 26 Aug 2020 11:55PM Dikemas Kini : 26 Aug 2020 11:57PM

SINGAPURA: Seorang pesakit ginjal berusia 74 tahun meninggal dunia semasa prosedur memasukkan kateter di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) setelah arteri dan uratnya tertusuk, kata seorang koroner pada Rabu (26 Ogos).

Kejadian itu dipercayai kematian pertama seumpamanya di sini, menurut seorang pakar perubatan yang dilantik oleh Akademi Perubatan untuk meneliti kes tersebut.

Encik Lee Kuen Ngian meninggal dunia pada 10 Nov 2016. Beliau dimasukkan ke hospital bagi rawatan dialisis ginjal di mana cecair steril khas dimasukkan ke dalam perut menerusi tiub tetap yang diletakkan dalam rongga peritoneal.

Selaput atau membran yang menyelaputi perut (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.

Encik Lee dinilai sebagai "sesuai dari segi perubatan" untuk menjalani dialisis peritoneal jangka panjang dan ia sepatutnya satu pembedahan harian.

PEMBEDAHAN "BIASA-BIASA" PADA AWALNYA

Pada hari pembedahan, Dr See Yong Pey, seorang perunding di jabatan perubatan renal TTSH, memulakan prosedur memasukkan kateter.

Operasi "nampak biasa- biasa" pada awalnya, "tanpa tanda adanya komplikasi dan kekurangan udara dengan jarum suntik tidak menunjukkan darah mengalir yang menandakan pendarahan", menurut laporan koroner.

Namun, setelah udara dimasukkan ke rongga peritoneal, Encik Lee rebah. Prosedur itu dibatalkan dan tiub tersebut segera dikeluarkan.

Apabila nadi Encik Lee kembali berdenyut beberapa minit kemudian, beliau mengalami dua lagi peristiwa apabila denyutan nadinya terhenti dan akhirnya diisytiharkan meninggal dunia.

Ahli patologi forensik, Dr Chan Shijia, menyimpulkan bahawa punca kematian adalah pendarahan akut akibat arteri kanan dan urat kanan yang tertusuk semasa prosedur memasukkan kateter dialisis peritoneal.

Encik Lee yang mengalami tekanan darah tinggi dan nefropati IgA (Immunoglobulin A) dan nefropati IgA (Immunoglobulin A) disebut sebagai faktor yang menyumbang kepada keadaannya itu.

Dua pakar perubatan yang dilantik oleh Akademi Perubatan memberikan pendapat mereka semasa siasatan, dengan salah seorang daripada mereka, Dr Cheng Shin Chuen, menarik perhatian bahawa prosedur yang dijalani Encik Lee adalah "di luar skop amalan bagi doktor ginjal di Singapura".

Dr Cheng, pakar bedah spesialis dari Pusat Spesialis Mount Elizabeth Novena, juga melahirkan pandangannya bahawa Dr See "kemungkinan besar tertusuk arteri dan urat tanpa disedari dengan teknik yang salah; pada dasarnya alat pembedahan trocar yang digunakan dicucuk sehingga bahagian dalam rongga lantas mencederakan arteri dan urat pada masa yang sama".

Koroner Marvin Bay berkata kematian Encik Lee adalah "satu peristiwa malang yang tragik dan tidak ada asas untuk mengesyaki perbuatan khianat.

Mahkamah juga menyarankan agar peristiwa yang menyebabkan kematian Encik Lee "disiasat teliti dengan tujuan untuk mewujudkan protokol amalan terbaik yang dapat diterima umum bagi prosedur tersebut". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan