Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit boleh pulang sehari selepas pemindahan lutut sepenuhnya di bawah program baru

Para pesakit yang menjalani pemindahan lutut sepenuhnya kini boleh pulang dalam masa sehari selepas pembedahannya di bawah satu program pemulihan yang dipertingkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit boleh pulang sehari selepas pemindahan lutut sepenuhnya di bawah program baru

(Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 10 Feb 2021 09:55PM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 10:01PM

SINGAPURA: Para pesakit yang menjalani pemindahan lutut sepenuhnya kini boleh pulang dalam masa sehari selepas pembedahannya di bawah satu program pemulihan yang dipertingkat.

Buat masa ini, mereka yang menjalani pembedahan itu lazimnya perlu tinggal di hospital sehingga empat hari.

Program baru itu juga membolehkan para pesakit menjimatkan bil hospital sehingga 30 peratus.

Hospital Besar Singapura (SGH) adalah yang pertama di Asia menawarkan program tersebut.

Ia menggabungkan teknik pembedahan yang dipertingkat dengan kelas-kelas sebelum pembedahan bagi mengurangkan masa pesakit dimasukkan ke hospital.

Terdapat juga sesi tele-fisioterapi bagi mereka yang memilih untuk menjalani proses pemulihan di rumah.

Sekitar 200 pesakit telah meraih manfaat daripada program itu sejak ia dilancarkan September tahun lalu.

Para doktor berkata tempoh perlu dirawat di hospital yang lebih pendek amat membantu terutama semasa pandemik sekarang.

Namun mutu penjagaan para pesakit itu kekal sama.

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan