Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit berusia 13 tahun ke atas dengan jangkitan pernafasan akut akan diuji bagi COVID-19

Bermula 1 Julai ini, semua individu berusia 13 tahun dan ke atas yang mempunyai simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) apabila pertama kali dirujukkan kepada doktor akan diuji bagi COVID-19, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Khamis (25 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bermula 1 Julai ini, semua individu berusia 13 tahun dan ke atas yang mempunyai simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) apabila pertama kali dirujukkan kepada doktor akan diuji bagi COVID-19, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Khamis (25 Jun).

Sekarang ini ujian tersebut hanya dilakukan ke atas pesakit berusia 45 tahun dan ke atas.

Jawatankuasa Berbilang Kementerian (MTF) mengumumkannya dalam sidang media petang tadi.

Langkah itu adalah sebagian daripada strategi Singapura untuk mengasingkan dengan cepat kes COVID-19 dan mencegah kelompok jangkitan besar terbentuk di tengah-tengah jumlah kes yang dijangka meningkat kata Encik Gan.

"Bagi memastikan kami dapat mengesan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang mempunyai jangkitan pernafasan akut (ARI) dengan cepat, kita telah mula jalankan ujian kepada mereka yang berusia 45 tahun ke atas apabila mereka berjumpa dengan doktor.

"Maka itu daripada menunggu masa yang lama bagi pesakit ARI, kami akan jalankan ujian bagi mereka pada hari pertama mereka berjumpa doktor," tambahnya lagi.

Bagi memastikan pesakit dengan simptom jangkitan pernafasan akut diberi rawatan dengan baik, geran sekali bernilai S$10,000 diperuntukkan kepada setiap Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC).  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan