Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peruncit guna AI untuk kurangkan sentuhan apabila operasi disambung semula

Beberapa peruncit menggunakan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mengurangkan sentuhan sedapat mungkin sedang mereka bersiap sedia untuk menyambung semula operasi Jumaat ini (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2020 11:24PM Dikemas Kini : 16 Jun 2020 11:30PM

SINGAPURA: Beberapa peruncit menggunakan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mengurangkan sentuhan sedapat mungkin sedang mereka bersiap sedia untuk menyambung semula operasi Jumaat ini (19 Jun).

Sebagai sebahagian langkah pencegahan, penjual produk kosmetik tidak dibenarkan menyediakan contoh-contoh mekap di kaunter mereka.

Sebaliknya, syarikat L’Oréal Singapore misalnya memanfaatkan teknologi AI untuk membolehkan pelanggan melihat kesan produk itu pada kulit mereka.

Bagi jenama Love, Bonito pula, ia akan hanya menyambung semula operasi kedai-kedai fizikalnya minggu hadapan.

Ini supaya kakitangannya dapat bersiap secara mental sebelum kembali bekerja.

Love Bonito juga akan melaksanakan prosedur yang lebih ketat seperti menjarakkan rak-rak pakaian dan kerap membersihkan setiap bilik-bilik salinan.

Syarikat perabot, Grafunkt pula akan menggunakan dua hari pertama pembukaan kedainya dengan membersihkan kedai dan menggilap semua perabotnya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan