Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perubahan pucuk pimpinan di ICA dan Akademi Home Team

ICA akan diterajui seorang pesuruhjaya baru mulai 3 September sebagai sebahagian perubahan kepimpinan yang diumumkan MHA

Anggaran Waktu Membaca:
Perubahan pucuk pimpinan di ICA dan Akademi Home Team

Encik Clarence Yeo (kiri) dan Encik T Raja Kumar. (Gambar: MHA)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 08:53PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 08:55PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan diterajui oleh seorang pesuruhjaya baru mulai 3 September sebagai sebahagian perubahan kepimpinan yang diumumkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), hari ini (31 Jul).

Encik Marvin Sim, 47 tahun, akan mengambil alih sebagai Pesuruhjaya ICA daripada Encik Clarence Yeo.

Encik Sim ialah mantan pengarah kanan Kumpulan Operasi Bersama di MHA. Beliau juga merupakan naib pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB).

Sementara itu, Encik Yeo, 59 tahun, akan mengambil alih jawatan ketua eksekutif Akademi Home Team, bahagian latihan.

Pelantikan itu akan berkuatkuasa pada 17 September ini. Beliau memimpin ICA sebagai pesuruhjaya sejak September 2010.

"Di bawah kepimpinan Encik Yeo, ICA melaksanakan huraian-huraian inovatif dalam bidang-bidang keselamatan sempadan dan pengenal pasti identiti selain memperkenalkan wadah-wadah elektronik yang selamat dan mesra pengguna bagi orang awam mendaftar untuk kemudahan imigresen.

Encik Yeo menggantikan Encik T Raja Kumar yang juga merupakan naib setiausaha bagi unit antarabangsa dan latihan di MHA. Encik Raja, 57 tahun, akan melepaskan jawatannya sebagai ketua eksekutif Akademi Home Team (HTA) bagi menumpukan kepada tanggungjawabnya di MHA.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan