Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertunjukan udara terbesar RSAF sempena hujung minggu Hari Kebangsaan

29 pesawat akan terlibat dalam satu pertunjukan udara di Bendungan Marina, sempena Pertunjukan Tentera Udara Singapura yang terbesar tahun ini. Ini sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 RSAF pada 11 dan 12 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Aug 2018 07:45PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 11:00PM

SINGAPURA: 29 pesawat akan terlibat dalam satu pertunjukan udara di Bendungan Marina, sempena Pertunjukan Tentera Udara Singapura yang terbesar tahun ini. Ini sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 RSAF pada 11 dan 12 Ogos.

Terdapat tiga segmen dalam pertunjukan tersebut iaitu penerbangan lalu, persembahan helikopter, pesawat pejuang dan pertunjukan Finale.

Ini adalah kali pertama sepasang helikopter Apache akan melakukan aksi nekad bersama.

Buat julung-julung kalinya juga, sebuah pesawat tanpa juruterbang Heron 1 akan turut menyertai pertunjukan udara itu.

Ia akan terbang serendah 1,000 kaki - selari dengan paras air di Bendungan Marina bagi memberi pemandangan yang lebih baik kepada orang ramai.

Dua pertunjukan akan diadakan setiap hari pada hujung minggu, pada pukul 10.00 pagi dan 2.30 petang, dengan setiap satu selama kira-kira 30 minit.

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan