Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertunjukan malam NDP 2020 tampil pengalaman rakyat semasa COVID-19

Pihak penganjur persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) terpaksa membatalkan rancangan asal yang mengambil masa hampir tujuh bulan perancangan disebabkan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jul 2020 08:33PM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 08:52PM

SINGAPURA: Pihak penganjur persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) terpaksa membatalkan rancangan asal yang mengambil masa hampir tujuh bulan perancangan disebabkan COVID-19.

Mereka kemudian merancang semula sambutan NDP pada bulan Mac lalu.

Persembahan NDP tahun ini akan diadakan dalam bangunan iaitu yang pertama kali dalam sejarah.

Ia akan hanya melibatkan 87 peserta berbanding sekitar 3,000 peserta pada tahun-tahun lalu.

Jumlah penonton juga akan dikurangkan kepada hanya 150 orang.

Selain mengubah pergerakan persembahan dan mengamalkan jaga jarak selamat, para peserta juga perlu menjalani ujian swab setiap sesi raptai.

Langkah-langkah lain termasuk mengubah suai koreografi bagi mematuhi peraturan menjaga jarak selamat dan membahagikan sesi raptai secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan jumlah orang yang berhimpun.

Tumpuan NDP tahun ini adalah untuk menghargai pekerja barisan hadapan dan wira-wira Singapura yang melawan pandemik COVID-19.

Memandangkan kebanyakan penduduk akan menonton perbarisan tahun ini di keselesaan rumah masing-masing, format persembahan juga diubah bagi meningkatkan lagi pengalaman mereka, dengan lebih banyak penggunaan filem sebagai satu medium.  

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan