Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertikaian maritim: S'pura, M'sia setuju gantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih

Singapura dan Malaysia hari ini (14 Mac) bersetuju untuk menggantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang diumumkan untuk meredakan ketegangan disebabkan pertikaian maritim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2019 04:40PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 12:40AM

PUTRAJAYA: Singapura dan Malaysia hari ini (14 Mac) bersetuju untuk menggantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang diumumkan untuk meredakan ketegangan disebabkan pertikaian maritim.

Langkah-langkah lain termasuk menggantung kegiatan-kegiatan komersil dan persetujuan untuk tidak membenarkan kapal-kapal pemerintah berlabuh kawasan yang dipertikaikan, menurut menteri luar kedua-kedua negara dalam kenyataan media bersama.

Selain itu, kapal-kapal dari Singapura dan Malaysia yang beroperasi di kawasan tersebut akan "bertindak berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

"Agensi-agensi relevan dari kedua-kedua pihak akan mengusahakan cara yang praktikal bagi mengelak insiden-insiden yang tidak diingini daripada berlaku di kawasan tersebut," menurut kenyataan itu lagi.

Had pelabuhan sebelum 25 Oktober dan 6 Disember akan dikuatkuasakan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura Chee Wee Kiong dan Ketua Setiausaha Kementerian Ehwal Luar Malaysia Shahrul Ikram Yaakob bagi pembatasan sempadan.

Jawatankuasa tersebut akan memastikan keempat-empat saranan yang diusulkan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dan rundingan bagi pembatasan sempadan di kawasan tersebut akan dimulakan dalam tempoh sebulan selepas pelaksanaannya.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah-langkah yang diambil "akan dilakukan tanpa prasangka" terhadap tuntutan sempadan maritim di kawasan tersebut.

Jika jawatankuasa berkenaan gagal mencapai persetujuan tentang pembatasan sempadan, Malaysia dan Singapura boleh merujuk kepada prosedur penyelesaian pertikaian pihak ketiga antarabangsa berhubung terma-terma yang akan dipersetujui secara bersama, menurut kenyataan itu lagi.

Langkah-langkah tersebut dilaksanakan menyusuli laporan yang diserahkan oleh kumpulan kerja yang diterajui oleh Encik Chee dan Encik Shahrul.  

Sumber : CNA/SM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan