Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertemuan Trump-Kim: Jalan sekitar St Regis, Shangri-La, Capella dijangka ditutup

Kelengahan dan gangguan jalan raya dijangka bermula Sabtu (9 Jun) di sekitar Kawasan Acara Khas, menjelang sidang kemuncak Trump-Kim Selasa hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertemuan Trump-Kim: Jalan sekitar St Regis, Shangri-La, Capella dijangka ditutup

Hotel Capella (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 08 Jun 2018 10:39PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 10:43PM

SINGAPURA: Para pemandu boleh menjangkakan kelengahan dan gangguan jalan raya bermula Sabtu (9 Jun) di sekitar Kawasan Acara Khas, menjelang sidang kemuncak Trump-Kim Selasa hadapan.

Jalan raya sekitar St Regis Hotel - Tanglin Road (dua lorong kanan ditutup), Tomlinson Road, Orchard Boulevard and Cuscaden Road - akan terjejas dari Sabtu hingga Khamis depan. Pergerakan kenderaan sepanjang Cuscaden Road, antara Tomlinson Road dan St Regis Residences, ke arah Orchard Road, akan ditukar arah.

Jalan raya sekitar Hotel Shangri-La, seperti Anderson Road dan Orange Grove Road, akan terjejas dari Ahad hingga Khamis.

Lebih berhampiran Hotel Capella pula, di mana sidang berkenaan akan berlangsung, Keppel Road, Telok Blangah Road dan Sentosa Gateway akan terjejas bermula Selasa hingga Rabu.

Kenderaan komersil dengan nombor plat bermula dengan G, W, X dan Y, akan dihadkan ke Anderson Road. Kenderaan-kenderaan sedemikian yang menuju ke Orang Grove Road dinasihati menggunakan Ardmore Park melalui Draycott Drive atau Draycott Park. Hala jalan raya sepanjang Ardmore Park menghala ke Draycott Drive akan ditukar.

Papan tanda akan dinaikkan sepanjang jalan raya yang terjejas menjelang sidang puncak tersebut. Maklumat tentang penutupan jalan raya akan dipaparkan di jalan raya dan melalui Laporan Trafik LTA menerusi 938 Now, Capital 958, Warna 94.2 dan Oli 96.8 setiap jam.

Pihak SPF dan LTA menambah bahawa perarakan kenderaan mungkin mengakibatkan kelengahan sementara dan lencongan jalan raya.

KHIDMAT BAS TERJEJAS

Dua perhentian bas di Orchard akan ditutup, dan bas nombor 36 akan terjejas.

Perhentian bas berkenaan terletak luar The Regent Singapore sepanjang Tomlinson Road (BE09191) dan perhentian bas selepas Tomlimson Road sepanjang Tanglin Road (BS09159).

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan