Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertandingan senarai tandas antara saranan semasa perbahasan rang kesihatan awam baru

Satu pertandingan tahunan mungkin diadakan bagi mempelawa orang awam mengundi tiga tandas paling bersih ke dalam senarai "Hall of Fame" (Dewan Gemilang), dan tiga tandas paling kotor dalam "Hall of Shame" (Dewan Memalukan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pertandingan senarai tandas antara saranan semasa perbahasan rang kesihatan awam baru

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 06 Oct 2020 10:30AM Dikemas Kini : 06 Oct 2020 10:36AM

SINGAPURA: Satu pertandingan tahunan mungkin diadakan bagi mempelawa orang awam mengundi tiga tandas paling bersih ke dalam senarai "Hall of Fame" (Dewan Gemilang), dan tiga tandas paling kotor dalam "Hall of Shame" (Dewan Memalukan).

Saranan tersebut adalah daripada Anggota Parlimen bagi GRC Sembawang, yang dikemukakan semasa satu perbahasan di Parlimen mengenai Rang Undang-Undang (Pindaan) Kesihatan Awam Persekitaran yang diluluskan pada Isnin (5 Okt).

Seramai 12 AP yang berucap semasa perbahasan itu menyuarakan keprihatinan seperti samada pemilik dan pengendali perniagaan perlu menanggung lebih banyak kos bila mematuhi peraturan COVID-19.

Mereka juga membahaskan tentang perlunya untuk meningkatkan piawai tenaga kerja dalam industri pembersihan, dan bagaimana perubahan pemikiran diperlukan untuk menyokong undang-undang baru itu, bagi memastikan kebersihan awam menjadi tanggungjawab sosial yang dikongsi oleh seluruh rakyat Singapura.

Menggariskan teras Rang itu sebelum ia diluluskan, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Cik Grace Fu, berkata bahawa pindaan itu bertujuan untuk:

- Mencegah ancaman kesihatan awam

- Memperbaiki piawai kebersihan dengan menetapkan kekerapan kerja pembersihan di premis berisiko tinggi dan mengenakan denda terhadap mereka yang tidak mematuhi piawai tersebut

- Meningkatkan kemahiran para pekerja pembersihan

Mereka juga ingin memperkukuhkan peraturan-peraturan mengenai tahap kebersihan bagi kemudahan seperti kolam renang dan air pancutan.

Perubahan undang-undang juga sejajar dengan gerakan SG Clean, "dengan menjelaskan pembahagian tanggungjawab bagi mengekalkan kebersihan premis, dan menetapkan piawai jelas yang dijangkakan daripada para pemilik premis," menurut Cik Fu.

Gerakan SG Clean - satu kempen yang menyeru orang awam untuk mengamalkan tabiat-tabiat kebersihan diri dan persekitaran yang baik - dilancarkan awal tahun ini untuk meningkatkan piawai kebersihan awam.

PINDAAN

Di bawah undang-undang baru itu, syarat-syarat utama bagi penyenggaraan premis-premis berisiko tinggi adalah:

- Kekerapan pembersihan harian bagi permukaan yang sering disentuh seperti tandas dan butang lif, kawasan-kawasan yang biasanya diabaikan seperti pusat pengumpulan sampah dan kawasan yang tidak mudah diakses, rancangan pengurusan haiwan perosak, dan protokol pembersihan dan pembasmian kuman

- Penyelaras kawalan sekitaran (ECC) dan para pegawai kawalan sekitaran (ECO), yang diselia pengurus premis, dikehendaki membangunkan program-program pembersihan ini bagi premis-premis itu

- Pengurus premis yang dinyatakan mesti meluluskan dan mengemukakan program pembersihan sekitaran kepada ketua pengarah (kesihatan awam) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), melaksanakan program itu dan sebarang langkah pembetulan yang disarankan oleh ECC atau ECO

- Ketua pengarah itu boleh melaksanakan pemeriksaan pematuhan bagi memastikan rejim pembersihan dilaksanakan dengan betul, dan pengurus itu akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan untuk menjalankan program itu

- Sistem itu akan dilancarkan mulai pertengahan 2021, bermula dengan premis-premis berisiko tinggi dengan para penghuni yang mempunyai daya tahan tubuh lemah, jumlah pengunjung yang ramai atau sejarah penularan, seperti prasekolah, kemudahan jagaan warga tua, pusat penjaja makanan dan kedai kopi

Hukuman bagi ketidakpatuhan adalah:

- Ketua pengarah boleh enggan mendaftarkan seorang individu bagi peranan-peranan ECC dan ECO, dan menetapkan keadaan bagi penggantungan dan pembatalan pendaftaran, meskipun para pemohon boleh membuat rayuan kepada pihak berkuasa terhadap keputusan itu

- Ketua pengarah juga boleh mengeluarkan arahan untuk menutup sebarang premis, membersihkan atau melaksanakan kerja pembasmian kuman premis atau sebarang kenderaan perkhidmatan awam, atau mengambil sebarang langkah perlu untuk mencegah atau menguruskan risiko kesihatan 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan