Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertama kali tinjauan dijalankan di Ubin demi gali maklumat sejarah ketenteraan S'pura

Pulau Ubin biasanya dikenali atas aspek biodiversiti dan mungkin kurang dari sudut sejarahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2017 09:18PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:34PM

SINGAPURA: Pulau Ubin biasanya dikenali atas aspek biodiversiti dan mungkin kurang dari sudut sejarahnya.

Lantaran itu, buat julung-julung kalinya sekumpulan ahli sejarah akan menjalankan tinjauan arkeologi menyeluruh, untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang sejarah ketenteraan negara ini.

Tinjauan bermula di dua landasan meriam Perang Dunia Kedua bateri Anti-Bot Laju Ubin. Ia adalah antara peninggalan perang yang jarang ditemui dan masih dalam keadaan yang baik.

Projek itu adalah usaha sama antara Lembaga Taman Negara (NParks) dan  ISEAS - Institut Yusof Ishak.

Tinjauan berkenaan akan dijalankan dalam tiga fasa selama 18 bulan.

Lebih banyak tinjauan mungkin akan dijalankan di kawasan yang sama atau barat Ubin, bergantung kepada hasil dapatan fasa pertama.

Tinjauan tersebut termasuk mengenal pasti, pemetaan dan merakam ciri-ciri warisan dan juga pengumpulan sampel asas seperti contoh tanah.

Zamil Bersekutu ISEAS - Institut Yusof Ishak, Encik Lim Chen Sian berkata: "Kami tahu ada peninggalan di sini tetapi sejauh mana ia kekal berada dan bolehkah kami menyelidik dan mendapat tahu apa yang berlaku di sini - adakah ia digunakan semasa pertempuran untuk Singapura atau ia digunakan oleh pihak Jepun? Dan apa yang berlaku kepadanya selepas peperangan?

"Jadi tinjauan arkeologi sebegini akan membantu dalam memastikan apa yang berlaku. Fasa pertama kami adalah untuk mendokumentasi, meninjau dan melakarkannya, hasilkan inventori untuk mencari apa yang ada dan apa yang masih ada."

Tapak itu terletak di dalam kem Pasukan Kadet Polis Kebangsaan yang kini ditutup kepada orang ramai.

Namun, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk membukanya kepada orang ramai pada masa akan datang.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan