Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertama kali tahun ini kes denggi cecah 100 dalam seminggu: NEA

Buat pertama kali tahun ini, bilangan kes denggi yang dilaporkan dalam masa seminggu menjangkaui 100 kes, menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
Pertama kali tahun ini kes denggi cecah 100 dalam seminggu: NEA

Gambar fail nyamuk. (Gambar; AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 11:16PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 11:20PM

SINGAPURA: Buat pertama kali tahun ini, bilangan kes denggi yang dilaporkan dalam masa seminggu menjangkaui 100 kes, menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Terdapat 110 kes denggi dilaporkan pada minggu berakhir 1 Disember. Ini peningkatan 13 kes berbanding minggu sebelumnya, menurut agensi tersebut.

Setakat Isnin (3 Dis) terdapat 17 kelompok aktif denggi di Singapura. Kelompok terbesar terletak di Bedok.

Kelompok tersebut merangkumi Blok 124 Bedok Reservoir Road, Blok-blok 662, 665 dan 667 Jalan Damai, Blok 645, 648, 649, 650, 655, 656, 657, 658, 659 dan 660 Jalan Tenaga, Kaki Bukit Crescent dan Kaki Bukit Road 3.

Lima kematian akibat denggi dilaporkan tahun ini sehingga September.

NEA menggesa orang awam untuk memainkan peranan dan "terus berwaspada" dalam mengekang bilangan nyamuk Aedes - yang bertanggungjawab menyebar virus denggi - agar dapat mengelakkan penularan penyakit itu.

Agensi berkenaan juga menasihatkan orang awam agar mengambil langkah memastikan rumah-rumah mereka tidak menjadi tapak pembiakan nyamuk ketika mereka keluar bercuti.

Langkah-langkah itu termasuk menutup lubang tandas dan lubang di lantai, terbalikkan bekas menyimpan air dan meletakkan ubat serangga di mana air bertakung tidak dapat dielakkan.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan