Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertahanan Digital disertakan dalam rangka kerja Pertahanan Mutlak S'pura

Pertahanan Digital disertakan dalam rangka kerja Pertahanan Mutlak Singapura. Langkah ini memberi isyarat tentang pentingnya mengukuhkan keselamatan siber dan memastikan negara ini terus bersedia untuk memberikan respons terhadap ancaman dalam domain digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertahanan Digital disertakan dalam rangka kerja Pertahanan Mutlak S'pura

Petikan gambar dari video yang dimuat naik ke laman Facebook Dr Ng Eng Hen.

Diterbitkan : 14 Feb 2019 08:38PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 08:42PM

SINGAPURA: Pertahanan Digital disertakan dalam rangka kerja Pertahanan Mutlak Singapura. Langkah ini memberi isyarat tentang pentingnya mengukuhkan keselamatan siber dan memastikan negara ini terus bersedia untuk memberikan respons terhadap ancaman dalam domain digital.

Ini diumumkan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam ucapan beliau sempena Hari Pertahanan Mutlak hari ini (14 Feb). Singapura menetapkan Hari Pertahanan Mutlak pada 15 Feb setiap tahun bagi memperingati hari negara ini jatuh ke tangan Jepun pada 1942.

"Orang tua dan datuk nenek kita hidup merana selama tiga tahun setengah selepas itu," kata Dr Ng dalam satu rakaman video.

"Kita merakamkan kejadian-kejadian semasa zaman penjajahan Jepun supaya setiap generasi baru tahu tentang akibat gagal mempertahankan negara."

Dr Ng menarik perhatian, selain ancaman "nyata dan fizikal" seperti pengganasan, ancaman keselamatan juga wujud dalam dunia siber, yang katanya "juga membawa kesan teruk".

"Perisian hasad mampu memusnahkan sistem kita. Berita palsu boleh mencetuskan rusuhan kaum dan memecahbelahkan rakyat," katanya.

Pertahanan Digital, tunggak keenam Pertahanan Mutlak, akan mengukuhkan lagi keselamatan siber Singapura dan membantu negar aini mempersiapkan diri untuk bertindak terhadap ancaman digital, tambah Dr Ng.

"Seperti tunggak Pertahanan Mutlak lain, kami memerlukan penyertaan orang ramai," katanya.

Lima tunggak Pertahanan Mutlak yang lain adalah Pertahanan Awam, Ekonomi, Tentera, Sosial dan Psikologi.

"Kita perlu terus berwaspada akan ancaman-ancaman baru dan lama untuk terus mempertahankan negara ini," kata Dr Ng. "Selepas mencapai kemerdekaan sejak lebih 50 tahun lalu, kita tidak boleh bersikap lengah dan menganggap negara ini bebas daripada sebarang ancaman.

"Tidak kira jika ia tentang pengganasan, serangan siber atau serangan mendadak di sempadan, kita memerlukan Pertahanan Mutlak untuk kekal kukuh dan berdaulat." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan