Images
  • halimah yacob file
    Presiden Halimah Yacob (Gambar: Mediacorp)

Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersepadu dianjur pada Jun

SINGAPURA: Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersepadu akan diadakan buat pertama kalinya pada Jun ini di Pusat Konvensyen Raffles City.

Idea agar diadakan persidangan antara agama peringkat tinggi itu ditimbulkan sendiri oleh Presiden Halimah Yacob pada Mei lalu.

Semasa melawat CDAC Tampines hari ini (30 Mac), Presiden Halimah berkongsi tentang tujuan mengadakan persidangan itu:

"Tujuannya adalah untuk kita memberi sebuah platform untuk sama-sama mengongsi pengalaman, sama-sama mengadakan idea-idea untuk mengadakan masyarakat lebih bersepadu, sama-sama melihat bagaimana kita dapat menentukan usaha-usaha yang lain yang dapat dilakukan di bahagian akar umbi."

Menurut Presiden Halimah, apa yang berlaku di Christchurch menunjukkan bahawa tidak ada masyarakat yang boleh mengatakan mereka terselamat.

"Semua masyarakat terdedah kepada unsur-unsur ektremisme dan kita sentiasa harus berusaha untuk meningkatkan keyakinan, kepercayaan antara kaum di Singapura," kata beliau.

Persidangan tiga hari itu antara lain akan membincangkan tentang membina masyarakat bersepadu dan harmoni antara agama.

Ia akan menyatukan golongan cendekiawan tempatan dan antarabangsa dari bidang-bidang akademik, pemerintah, kumpulan agama dan sektor sivik.

- CNA/RR/tq

Top