Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persiapan NDP: Presiden Halimah puji peserta, bertungkus-lumus luangkan masa berlatih

Setelah tidak diadakan selama empat tahun, Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini lebih istimewa dengan adanya perarakan kenderaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2019 09:00PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:38PM

SINGAPURA: Setelah tidak diadakan selama empat tahun, Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini lebih istimewa dengan adanya perarakan kenderaan.

Perarakan tersebut sebagai memaparkan ketangkasan dan kekuatan pertahanan Singapura.

Presiden Halimah Yacob hari ini (13 Jul) bertemu dengan para peserta yang bertungkus-lumus meluangkan masa dalam persiapan NDP, walaupun terpaksa memerah keringat pada hujung minggu.

Selepas menyaksikan latihan perarakan kenderaan, Presiden Halimah beramah mesra dengan sekitar 60 peserta, yang sebahagian besarnya merupakan Generasi Merdeka.

Presiden Halimah meluahkan penghargaannya atas kerja keras dan dedikasi mereka dalam memperkukuh pertahanan Singapura.

"Bila kita melihat NDP, kita melihat segala-galanya berjalan dengan lancar, baik dan sempurna. Tapi yang kita tidak ketahui bahawa mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam latihan mereka berjam-jam," menurut Presiden Halimah.

Antara mereka yang berbesar hati untuk menyertai Perarakan Kenderaan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kali ini ialah Encik Hassan Zainuddin 61 tahun, yang menjalani perkhidmatan negara dalam pasukan polis pada 1977.

"Yang penting saya kira ialah mengingati generasi merdeka. Ini bukan tentang saya, tetapi generasi merdeka. Jadi saya cuma mewakili untuk menghargai pengorbanan dan jasa baik apa-apa yang diharungi generasi merdeka," ujar Encik Hassan.

Lebih 1,000 pegawai dari SAF, Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan Pasukan Polis Singapura akan mengambil bahagian dalam Perarakan Kenderaan di NDP tahun ini.

Bagi mendekati lebih ramai penduduk Singapura, perarakan itu juga akan melalui kawasan-kawasan termasuk Bishan, Geylang Serai, Jurong East, Punggol dan Woodlands, sehari selepas Hari Kebangsaan untuk memeriahkan lagi karnival-karnival yang bakal dianjurkan.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan