Images
  • vivo
    Encik S Iswaran bersama seorang pengunjung di library@habourfront. (Gambar: S Iswaran/Facebook)

Perpustakaan baru di VivoCity secara rasmi dibuka hari ini

SINGAPURA: Perpustakaan kini bukan lagi sekadar tempat yang menyediakan koleksi buku tetapi sebuah ruang untuk belajar dan berkongsi pengetahuan.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata demikian ketika merasmikan pembukaan sebuah perpustakaan baru, library@harbourfront, di pusat beli-belah VivoCity siang tadi (12 Jan).

Encik Iswaran juga menarik perhatian bagaimana perpustakaan semakin kerap menggunakan teknologi digital untuk meluaskan jangkauannya kepada para pembaca.

Selain buku-buku fizikal, library@harbourfront turut menampilkan bahan-bahan bacaan dalam bentuk digital. Di perpustakaan itu jugalah, lebih 500 program akan dianjurkan sepanjang tahun. Program-program tersebut meliputi topik-topik seperti ekonomi digital dan teknologi baru.

"Perpustakaan kami ditempatkan di daerah dan tempat-tempat yang dekat dengan rakyat, dekat dengan kemudahan lain. Itu penting supaya senang untuk keluarga-keluarga menikmati budaya membaca dan menyertai acara-acara yang dijalankan," kata Encik Iswaran.  

- CNA/HA/aq

Top