Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perompak Western Union dipenjara 4 tahun dan 9 bulan

Seorang pesalah dadah, 58 tahun, yang merompak sebuah cawangan Western Union dengan sebilah pisau tahun lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan sembilan bulan hari ini (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Perompak Western Union dipenjara 4 tahun dan 9 bulan

Hashim Hamzah dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan sembilan bulan hari ini (2 Mei). (Gambar: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 02 May 2018 08:08PM Dikemas Kini : 02 May 2018 09:37PM

SINGAPURA: Seorang pesalah dadah, 58 tahun, yang merompak sebuah cawangan Western Union dengan sebilah pisau tahun lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan sembilan bulan hari ini (2 Mei).

Mahkamah diberitahu bahawa pada hari kejadian itu iaitu 1 Ogos tahun lalu, Hashim Hamzah sedang mencari barang-barang buangan untuk dijual bagi membayar hutang S$400 dari pemiutang wang tidak berlesen.

Barang yang dikutip termasuk topi keledar putih, sebilah pisau 15 sentimeter dan sebuah beg merah. Namun, Hashim kemudian mendapati bahawa hasil jualan barang-barang tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutangnya.

Oleh itu, dia memutuskan untuk merompak cawangan Western Union di Ubi dengan memakai topi keledar putih yang dijumpainya dan topeng hijau.

Hashim tunggu sehingga seorang pegawai khidmat pelanggan, seorang warga Thailand yang berusia 28 tahun, untuk membuka bidai cawangan itu. Kakitangan syarikat tersebut tidak menguncinya semula sedang beliau membuat persiapan untuk membuka cawangan berkenaan.

Pada 10.40 pagi, Hashim memasuki cawangan itu, menutup bidai dan meminta wang daripada pekerja itu. Pekerja wanita itu membuka kotak besi wang yang mengandungi wang tunai S$4,000 dan menyerahkannya kepada Hashim.

Dia meninggalkan tempat itu dengan menungggang basikal ke arah Bedok Central. Ketika ditemui dan ditangkap dua hari kemudiannya, pertuturan Hashim tidak jelas dan dia berjalan terhuyung-hayang. Sejumlah wang, tiket loteri dan dadah didapati bersamanya.

Mahkamah diberitahu bahawa dia sudahpun membayar hutang S$400 itu dan membelanjakan S$200 lagi untuk membeli dadah, makanan dan minuman.

Dia didakwa di mahkamah pada 5 Ogos tahun lalu. Atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata, Hashim boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan. Atas kesalahan memiliki dadah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga S$20,000. Hashim tidak boleh disebat kerana berusia lebih 50 tahun.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan