Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pernahkah anda terfikir bagaimana peralatan pembedahan hospital dibersihkan?

Setiap bulan, 25,000 peralatan pembedahan dibersihkan Unit Bekalan Teater Bebas Kuman (TTSU).

Anggaran Waktu Membaca:
Pernahkah anda terfikir bagaimana peralatan pembedahan hospital dibersihkan?

Peralatan pembedahan di TTSU. (Gambar: Cheryl Goh)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 09:25PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 09:27PM

SINGAPURA: Setiap bulan, 25,000 peralatan pembedahan dibersihkan Unit Bekalan Teater Bebas Kuman (TTSU).

Matlamatnya untuk memastikan peralatan ini bebas jangkitan kerana ia boleh membuat perbezaan antara hidup atau mati pesakit yang dibedah.

Dengan ribuan peralatan di bawah jagaan sekitar 60 kakitangan ini, unit ini mempunyai sistem menjejak inventori untuk memastikan setiap peralatan diambil kira.

Selepas pembedahan, peralatan ini dicuci dan dibawa ke TTSU menggunakan lif khas bagi mengurangkan pendedahannya.

Ia kemudian diimbas dan diperiksa bagi kerosakan atau peralatan yang hilang. Setelah itu, ia disusun di atas dulang untuk dibersihkan dengan suhu air mencecah sehingga 93 darjah selsius.

Manakala peralatan lebih besar diletakkan di dalam mesin yang sebesar sebuah bilik kecil.

Selepas dikeringkan, ia akan dibalut.

Peralatan yang dibalut kemudian menjalani proses pembersihan kedua di mana ia diwapkan sehingga mencapai 134 darjah selsius selama sejam bagi membunuh semua kuman.

Akhirnya ia akan disejukkan dan disimpan sebelum dihantar ke bilik pembedahan jika perlu.

Jika ada peralatan yang hilang, langkah ketat akan diambil dengan memaklumkan kepada para jururawat pembedahan.

Satu imbasan X-ray kemudian akan dijalankan untuk memastikan tiada peralatan tertinggal di dalam tubuh pesakit. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan