Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan permit kemasukan Singapura ke Malaysia lebih cepat guna myPASS

Sistem Permohonan Permit Kemasukan Malaysia (myPASS), satu sistem permohonan berasaskan laman web khas yang baru, dijangka dapat menyegerakan dan memudahkan pemprosesan permohonan permit masuk pelawat yang layak dari Singapura ke Malaysia ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan permit kemasukan Singapura ke Malaysia lebih cepat guna myPASS

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 29 May 2020 10:10PM Dikemas Kini : 29 May 2020 10:13PM

JOHOR BAHRU: Sistem Permohonan Permit Kemasukan Malaysia (myPASS), satu sistem permohonan berasaskan laman web khas yang baru, dijangka dapat menyegerakan dan memudahkan pemprosesan permohonan permit masuk pelawat yang layak dari Singapura ke Malaysia ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini (29 Mei), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Telekom Malaysia (TM) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kira-kira 30,000 permohonan menerusi e-mel, mendorong kepada perubahan sistem itu yang memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi.

“Kelebihan utama myPASS ialah pelawat boleh menghantar permohonan permit kemasukan menerusi proses yang lebih berstruktur dan terpandu. Justeru, kesilapan maklumat pada dokumen yang dihantar adalah kecil dan membolehkan permohonan lebih 80 peratus pelawat diproses dalam tempoh dua hari dengan permohonan ditolak berkurangan 95 peratus,” demikian menurut kenyataan itu.

Selain itu,  myPASS yang boleh diakses menerusi laman web khusus https://mypass.mhc.org.sg juga memastikan serahan permohonan yang lebih selamat dan borang terpandu mengurangkan kesilapan dalam permohonan.

Pemohon juga akan menerima kemas kini status permohonan mereka secara automatik.

Sistem myPASS dibangunkan oleh IRDA dan TM melalui Southern Strategic Economic Region (SSER), unit perniagaan strategiknya bagi Wilayah Selatan.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan boleh dimajukan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerusi talian +65 6235 0111.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan