Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan lesen memandu akan disediakan secara online

Mulai 1 Oktober, para individu yang lulus ujian memandu Polis Trafik (TP) boleh membuat permohonan bagi Lesen Layak Memandu (QDL) yang baru dan untuk menggantikan lesen yang lama secara online.

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan lesen memandu akan disediakan secara online

Gambar fail tempat letak kereta. (Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 04:13PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 04:17PM

SINGAPURA: Mulai 1 Oktober, para individu yang lulus ujian memandu Polis Trafik (TP) boleh membuat permohonan bagi Lesen Layak Memandu (QDL) yang baru dan untuk menggantikan lesen yang lama secara online.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (26 Sep), Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa sistem tersebut akan disediakan kepada rakyat Singapura, penduduk tetap dan warga asing yang membuat permohonan bagi sebarang kelas lesen memandu.

Dengan sistem baru itu, rakyat Singapura dan penduduk tetap boleh log masuk menggunakan akaun SingPass melalui laman www.police.gov.sg/e-services atau menerusi aplikasi Police@SG. Warga asing boleh menggunakan Nombor Pengenalan Asing mereka bagi permohonan tersebut.

Para pemohon yang berjaya akan menerima lesen memandu mereka yang baru atau lesen ganti menerusi kiriman pos dalam masa tujuh hari biasa, menurut SPF dalam kenyataan medianya.

Penggantian bagi lesen memandu yang hilang, rosak atau musnah juga boleh dibuat secara online, tetapi hanya untuk rakyat Singapura dan penduduk tetap saja.

Warga asing masih perlu memohon untuk menggantikan lesen memandu mereka di ibu pejabat TP. Penukaran lesen memandu asing kepada lesen memandu Singapura juga akan terus dilakukan secara peribadi di sebarang pusat memandu.

Dengan kemudahan aplikasi online, TP tidak lagi akan menerima permohonan yang dibuat di kaunternya.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau tidak tahu melakukan permohonan online, terminal-terminal layan diri akan disediakan di semua pusat memandu dan ibu pejabat TP. Para kakitangan bertugas akan menghulurkan bantuan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan