Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan BTO Punggol Point ditutup hari ini

Permintaan bagi Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol Point melebihi bekalan hampir 3.5 kali apabila permohonan ditutup bagi pelancaran BTO terkini hari ini (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Sep 2018 09:58PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 10:02PM

SINGAPURA: Permintaan bagi Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol Point melebihi bekalan hampir 3.5 kali apabila permohonan ditutup bagi pelancaran BTO terkini hari ini (3 Sep).

Ini terutamanya bagi flat lima bilik dan tiga generasi walaupun harganya lebih tinggi berbanding tawaran lain dengan saiz serupa.

Pelancaran flat BTO baru-baru ini melibatkan flat-flat di Punggol dan Yishun, separuh daripadanya adalah flat dua bilik. Namun, tawaran di daerah Punggol Point adalah paling popular.

Setakat 5.00 petang tadi, permintaan bagi flat tiga bilik dan lebih besar di kawasan tersebut sudah melebihi empat kali ganda. Bagi flat lima bilik dan tiga generasi di Punggol, permintaan pula melebihi tujuh kali ganda.

Ini berbanding flat saiz serupa di Yishun di mana permintaannya tidak sehangat walaupun harganya S$60,000 lebih rendah.

Sebahagian besar pemohon untuk flat lima bilik dan tiga generasi di Punggol adalah pembeli kali kedua yang sudah memiliki sebuah flat HDB.

Permintaan bagi flat-flat sedemikian melebihi bekalan sebanyak 21 kali dalam kalangan kumpulan tersebut.

Hartanah di Punggol Point popular kerana pemandangan laut yang luar biasa, jejak warisan dan dekat dengan pembangunan akan datang seperti stesen MRT. Ini berbanding BTO di Yishun yang tidak terletak di lokasi strategik.

Tawaran semula baki flat juga menerima permintaan yang melebihi bekalan sebanyak enam kali sehingga 5.00 petang tadi.

Menurut para pakar, ini didorong oleh tawaran BTO yang terhad bagi pusingan ini dan banyak lagi tawaran flat yang terdapat di tempat-tempat lain.

Pelancaran BTO seterusnya akan berlangsung pada November ini di mana bandar baru HDB Tengah akan ditawarkan buat kali pertama. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan