Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan Biasiswa LBKM dibuka 1 Jun

Lima kategori biasiswa yang ditawarkan LBKM terdiri daripada Biasiswa Berprestij (Possiswazah), Biasiswa Berprestij (Mahasiswa), Biasiswa Ikonik (Mahasiswa), Biasiswa Masa Depan (Mahasiswa) serta Biasiswa Al-Quran & Qira'at (Mahasiswa madrasah).

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan Biasiswa LBKM dibuka 1 Jun

Gambar fail segulung ijazah (Gambar: Ekrulila/Pexels)

Diterbitkan : 28 May 2021 12:06PM Dikemas Kini : 28 May 2021 12:44PM

SINGAPURA: Permohonan bagi biasiswa Lembaga Biasiswa Kenangan Maulid (LBKM) bagi para mahasiswa dan possiswazah akan dibuka mulai 1 Jun ini.

Lima kategori biasiswa yang ditawarkan terdiri daripada Biasiswa Berprestij (Possiswazah), Biasiswa Berprestij (Mahasiswa), Biasiswa Ikonik (Mahasiswa), Biasiswa Masa Depan (Mahasiswa) serta Biasiswa Al-Quran & Qira'at (Mahasiswa madrasah).

BIASISWA BERPRESTIJ (POSSISWAZAH)

Para pemohon bagi Biasiswa Berprestij (Possiswazah) perlu memenuhi dua kriteria berikut:

Sarjana Muda Kepujian yang baik dan rekod pelibatan dalam kerja-kerja masyarakat.

Pemilihan juga berdasarkan kursus pengajian, topik kajian dan penyelia kajian.

Pemohon yang mengikuti Pengajian Islam boleh memohon di bawah kategori ini.

BIASISWA BERPRESTIJ (MAHASISWA)

Pemohon bagi kategori ini mesti mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka yang tersenarai dalam 10 Terbaik oleh Kedudukan Universiti Dunia Pengajian Tinggi Times & Kedudukan Universiti Dunia QS, iaitu:

  1. Institut Teknologi Massachusetts (MIT),
  2. Universiti Stanford,
  3. Universiti Harvard,
  4. Institut Teknologi California (Caltech),
  5. Universiti Oxford
  6. Institut Teknologi Persekutuan Zurich-Switzerland ETH,
  7. Universiti Cambridge,
  8. Kolej Imperial London,
  9. Universiti Chicago,
  10. Kolej Universiti London (UCL)
  11. Universiti California, dan
  12. Universiti Yale.

BIASISWA IKONIK (MAHASISWA)

Mahasiswa yang berminat memohon bagi kategori Biasiswa Ikonik pula mesti mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu.

Bagi Biasiswa Che Zahara Noor Mohamed, pemohon mesti mengikuti sarjana muda dalam bidang berkaitan kerja-kerja kemasyarakatan, manakala sarjana muda dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu dan Sastera pula diperlukan bagi Biasiswa Mohd Ariff Ahmad.

Mahasiswa yang mengikuti sarjana muda dalam pengajian berkaitan Pengajian Islam layak memohon Biasiswa Kiyai Hj Ahmad Zuhri Mutammim, sementara bagi sarjana muda dalam bidang Undang-Undang, mahasiswa boleh memohon bagi Biasiswa Ambo Sooloh.

Mereka yang berminat memohon Biasiswa Zubir Said perlu mengikuti sarjana muda dalam bidang berkaitan Seni/Muzik.

Pemohon yang ingin memburu sarjana muda dalam bidang berkaitan Komunikasi Massa pula layak memohon Biasiswa Tan Sri (Dr) Abdul Samad Bin Ismal.

BIASISWA EKONOMI MASA DEPAN (MAHASISWA)

Para mahasiswa yang layak memohon Biasiswa Ekonomi Masa Depan (Mahasiswa) merangkumi mereka yang mengikuti kursus Teknologi dan Reka Bentuk Sistem Maklumat - Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Sistem Maklumat, Teknologi Infokom, Keselamatan Siber/Maklumat, Media Digital atau Sains Data.

Kursus lain yang layak termasuk Sains Bioperubatan, Kejuruteraan Tenaga dan Kimia, Sistem dan Reka Bentuk Kejuruteraan, Pembangunan Produk Kejuruteraan serta kursus lain berkaitan ekonomi masa hadapan.

Pemohon harus memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk melayakkan diri bagi semua biasiswa tersebut, iaitu mahasiswa yang menuntut di universiti tempatan atau luar negara dalam bidang yang tertera di atas, keputusan peperiksaan GPA melebihi 75 peratus dan rekod pelibatan kerja-kerja kemasyarakatan.

BIASISWA PERGERAQ AL-QURAN & QIRA'AT (MAHASISWA MADRASAH)

Biasiswa ini dibuka kepada para mahasiswa yang menuntut di universiti-universiti diiktiraf dalam bidang Al-Quran dan/atau Qira'at. Calon-calon perlu mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik dan kemahiran hubungan sesama manusia yang baik.

Borang permohonan boleh didapatkan di laman www.lbkm.org.sg.

Permohonan dan semua dokumen relevan boleh diserahkan kepada Sekretariat LBKM sebelum 20 Jun ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada enquiries [at] lbkm.org.sg

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan