Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Permintaan sektor binaan dijangka kekal kukuh pada 2019

Permintaan bagi sektor binaan secara keseluruhannya dijangka kekal kukuh tahun ini. Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menganggarkan kontrak-kontrak binaan bagi tahun ini berjumlah antara S$27 bilion hingga S$32 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan sektor binaan dijangka kekal kukuh pada 2019

Gambar fail tapak binaan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 05:41PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 11:29PM

SINGAPURA: Permintaan bagi sektor binaan secara keseluruhannya dijangka kekal kukuh tahun ini.

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menganggarkan kontrak-kontrak binaan bagi tahun ini berjumlah antara S$27 bilion hingga S$32 bilion.

Jumlah itu setanding dengan nilai kontrak tahun lalu iaitu hampir S$30 bilion.

Tinjauan terkini BCA itu berdasarkan permintaan sektor binaan awam yang mampan.

Ia dijangka menyumbang kira-kira 60 peratus permintaan dirangsang oleh projek-projek infrastruktur utama dan bangunan industri utama.

Permintaan pembinaan dalam sektor privet dijangka mantap antara S$10 bilion hingga S$12 bilion.

Projek-projek seperti pembangunan semula tapak tanah bangunan-bangunan yang dijual secara 'en bloc' dan projek perindustrian baru akan meningkatkan permintaan. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan