Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan meningkat bagi rawatan ECMO pesakit COVID-19

Rawatan mesin ECMO berisiko tinggi dan dianggap 'benteng pertahanan terakhir'. NUHCS setakat ini rawat enam pesakit COVID-19 yang kesemuanya tidak divaksin, dengan seorang daripada mereka meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan meningkat bagi rawatan ECMO pesakit COVID-19

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 28 Oct 2021 09:37PM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 09:43PM

SINGAPURA: Sebuah mesin sokongan hayat yang diberi jolokan "benteng pertahanan terakhir" kini digunakan untuk merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

Digunakan hanya untuk kes yang benar-benar kritikal, para doktor bimbang trend tersebut akan berterusan sedang kes jangkitan bertambah.

Sebuah pusat jantung di sini sudahpun menerima permintaan yang meningkat daripada para doktor untuk rawatan tersebut.

Tiga minggu selepas keluar dari hospital, Cik Lee Sock Lee yang baru sembuh daripada COVID-19 ini, masih sukar melakukan kegiatan harian seperti mandi dan makan.

Cik Lee, 43 tahun, mengalami alahan kepada beberapa jenis makanan dan ubat.

Beliau dimasukkan ke ICU pada hari disahkan positif COVID-19, dengan jantungnya hampir terhenti.

Para doktor menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) untuk menyelamatkan beliau.

ECMO mengeluarkan darah daripada pesakit untuk ditambahkan oksigen, dan kemudian mengepamnya kembali ke dalam tubuh.

Cik Lee beruntung, kerana pesakit yang mendapatkan rawatan ECMO, hanya mempunyai peluang 50 peratus untuk diselamatkan.

Hanya dua pusat jantung di sini dilengkapi dengan mesin ECMO, iaitu Pusat Jantung Universiti Nasional (NUHCS) dan Pusat Jantung Nasional (NHC).

NUHCS setakat ini menggunakannya ke atas enam pesakit COVID-19, yang kesemuanya tidak divaksin. Salah seorang daripada mereka akhirnya meninggal dunia.

Kaedah rawatan ECMO dilihat sebagai usaha terakhir.

Oleh itu, perlindungan terbaik terhadap COVID-19, adalah tetap untuk mendapatkan vaksinasi lengkap. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan