Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan meningkat bagi khidmat kongsi basikal, penjualan basikal di tengah pandemik COVID-19

Penjualan basikal dan permintaan bagi khidmat kongsi basikal meningkat di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan meningkat bagi khidmat kongsi basikal, penjualan basikal di tengah pandemik COVID-19

Dua pekerja penghantaran makanan GrabFood menunggang basikal pada 20 Apr 2020 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 07:11PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 07:17PM

SINGAPURA: Penjualan basikal dan permintaan bagi khidmat kongsi basikal meningkat di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Penjualan di beberapa kedai basikal naik hampir dua kali ganda namun, belum pasti sama ada minat terhadapnya dapat bertahan.

Namun, ada badan yang merancang untuk mengembangkan pasaran berbasikal.

Khidmat kongsi basikal meningkat lebih 50 peratus bulan lalu berbanding bulan Mac lalu sebelum tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 bermula.

Salah satu pengendali khidmat itu berkata lebih ramai orang yang biasanya menaiki bas atau kereta api, memilih untuk mengayuh basikal di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Permintaan khidmat penyenggaraan serta penjualan basikal juga meningkat selepas kedai-kedai dibuka semula pada bulan Jun.

Para pelanggan termasuk mereka yang ingin bersenam dan pekerja penghantaran makanan.

Perbadanan JTC, yang membangunkan taman perniagaan one-north akan mengembangkan rangkaian berbasikal di kawasan itu sebanyak lebih 10 kali ganda menjelang awal tahun depan.

Ia memberitahu Mediacorp bahawa laluan berbasikal tambahan sepanjang 25 kilometer akan dilancarkan di estet-estet lain seperti Seletar dan Punggol demi menggalak lebih ramai orang untuk berbasikal walaupun selepas pandemik COVID-19.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan