Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan kit ujian kendiri COVID-19 naik 2 kali ganda sejak beberapa bulan lalu

Beberapa pembekal kit ujian COVID-19 menyatakan permintaannya naik dua kali ganda dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan kit ujian kendiri COVID-19 naik 2 kali ganda sejak beberapa bulan lalu

Hasil ujian negatif menggunakan kit ujian COVID-19 Abbott. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 06:29PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 06:32PM

SINGAPURA: Beberapa pembekal kit ujian COVID-19 menyatakan permintaannya naik dua kali ganda dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Ia sejajar dengan langkah Singapura mempergiatkan ujian kendiri

dan ia bakal menjadi satu kelaziman pada masa depan.

Lantaran itu syarikat-syarikat sedang menambah pekerja dan meningkatkan logistik untuk memastikan bekalan kit tersebut mencukupi.

Ujian Abbott PanBio adalah salah satu yang pertama diluluskan di Singapura.

Ia mula dijual di farmasi-farmasi terpilih pada Jun lalu.

Kini kit ujian itu boleh juga didapati di lebih 300 pasar raya serta kedai serbaneka serta platform online.

Pengedarnya, Unison Collaborative, menyatakan permintaan naik dua kali ganda berbanding tiga bulan lalu.

Dengan kenaikan mendadak jumlah kes dalam masyarakat, lebih ramai orang kini membelinya.

Untuk memastikan tempahan dapat dipenuhi tepat pada masanya, syarikat itu juga perlu mengambil lebih ramai pekerja. 

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan