Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu waspada di tengah-tengah lonjakan pasaran hartanah S'pura: MAS

Sentimen "gembira" dalam pasaran hartanah Singapura perlu disambut dengan sikap waspada, menurut Encik Ravi Menon, Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu waspada di tengah-tengah lonjakan pasaran hartanah S'pura: MAS

Rumah privet di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Jul 2018 10:12PM Dikemas Kini : 04 Jul 2018 10:14PM

SINGAPURA: Sentimen "gembira" dalam pasaran hartanah Singapura perlu disambut dengan sikap waspada, menurut Encik Ravi Menon, Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (4 Jul).

Sedang kebangkitan semula pasaran hartanah di Singapura sepanjang tahun lalu amat dialu-alukan, ia tidak boleh terasing daripada asas ekonomi, menurut Encik Menon.

Pertama, bank pusat Singapura memerhatikan dinamika bekalan dan permintaan dalam pasaran tempatan.

"Kita perlu meneliti jika permintaan adalah selaras dengan bekalan yang dijangka bagi tahun-tahun mendatang - itu keprihatinan kita," kata Encik Menon.


Kebangkitan pasaran perlu selaras dengan asas ekonomi, tambah Encik Menon, dan tidak boleh melebihi pertumbuhan pendapatan.

MAS juga mengeluarkan peringatan kepada pihak pemaju hartanah, pembeli individu dan pihak bank untuk menimbangkan dengan teliti sebarang transaksi.

Encik Menon berkata MAS bersama Kementerian Pembangunan Negara (MND) serta Kementerian Kewangan (MOF) memantau dengan teliti perkembangan dalam pasaran hartanah tempatan dan kekal komited bagi menjamin pasaran yang mampan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan