Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu tingkatkan usaha bantu graduan terima gaji sewajarnya, kata Zainal Sapari

Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membantu para graduan yang menerima gaji yang jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2018 08:35PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 09:29PM

SINGAPURA: Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membantu para graduan yang menerima gaji yang jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Demikian menurut Penolong Setiausaha Agung NTUC Zainal Sapari.

Sebahagian kecil pekerja rakyat Singapura namun jumlah yang ketara boleh dianggap sebagai golongan 'graduan miskin'. Ini merupakan satu gejala dalam landskap buruh tempatan.

Menurut Encik Zainal, tinjauan yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa sekitar 70 daripada 1,600 graduan rakyat tempatan membawa pulang kurang $2,000 sebulan walaupun mereka bekerja sepenuh masa.

Lebih tiga suku daripada mereka mendedahkan bahawa pihak majikan menyedari tentang kelayakan pendidikan mereka.

"Pemerintah mungkin boleh memberi sokongan yang lebih untuk memujuk majikan mengambil graduan-graduan atau siswazah-siswazah ini supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran mereka dan melakukan pekerjaan yang setaraf dengan kemahiran dan taraf pendidikan mereka," kata Encik Zainal lagi.

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan