Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu lebih tindakan terhadap pengayuh basikal tidak bertanggungjawab guna laluan bas: NTWU

Sebuah kesatuan pekerja pengangkutan menggesa lebih banyak tindakan penguatkuasaan terhadap para pengayuh basikal yang tidak bertanggungjawab menggunakan laluan bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu lebih tindakan terhadap pengayuh basikal tidak bertanggungjawab guna laluan bas: NTWU

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

Diterbitkan : 20 Oct 2021 10:21PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 10:23PM

SINGAPURA: Sebuah kesatuan pekerja pengangkutan menggesa lebih banyak tindakan penguatkuasaan terhadap para pengayuh basikal yang tidak bertanggungjawab menggunakan laluan bas.

Ini sejurus selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan peraturan baru bagi para pengayuh pada Rabu (20 Okt).

Para pengayuh buat masa ini dibenarkan untuk mengayuh basikal di laluan bas tetapi mesti berbasikal dalam satu barisan ketika waktu operasi laluan bas di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.

Namun, para pemandu bas memberi maklum balas bahawa "mereka biasanya melihat para pengayuh berbasikal dalam dua dan kadangkala tiga barisan ketika waktu operasi laluan bas," menurut Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) dalam satu kenyataan.

Kesatuan itu juga menyatakan ia "amat tidak menggalakkan" para pengayuh basikal menggunakan laluan bas ketika waktu beroperasi, sambil merujuk kepada risiko lebih tinggi terjebak dalam kemalangan.

Di bawah saranan yang dibuat oleh sebuah panel, para pemandu dinasihati untuk menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya 1.5 meter apabila memotong laluan para pengayuh basikal. NTWU menyatakan ini merupakan "peringatan berguna" dan sudahpun disertakan dalam latihan bagi para pemandu bas.

"Namun, dengan purata lebar bas pada 2.5 meter dan lebar minimum laluan jalan raya kami hanya tiga meter, bas terpaksa memasuki lorong sebelahnya untuk memotong laluan para pengayuh basikal" di samping mematuhi jarak selamat yang disarankan, tambah kesatuan itu.

"Oleh sebab biasanya bas perlu memotong laluan kumpulan pengayuh basikal yang sama beberapa kali, tindakan memotong laluan berulang kali itu dan memasuki lorong bersebelahan akan meningkatkan risiko kemalangan trafik, khususnya pada waktu sibuk."

Para pengayuh adalah "salah satu golongan paling mudah terjebak dalam kemalangan" dan para pemandu bas memberi maklum balas bahawa mereka kini mendapati lebih ramai pengayuh basikal di jalan raya sejak pandemik COVID-19, menurut NTWU.

Ia lantas menggesa para pengayuh untuk mengelak daripada menggunakan laluan bas ketika waktu operasi dan keadaan lalu lintas sibuk, "demi keselamatan mereka".

NTWU juga meminta mereka mengelak daripada mengayuh di laluan bas secara berkumpulan kerana ia merumitkan lagi pemandu bas untuk memotong laluan para pengayuh basikal.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan