Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Perlu ingat sebilangan besar mangsa pengganasan adalah Muslim sendiri," kata K Shanmugam

K Shanmugam memberikan pandangan beliau mengenai fenomena Islamofobia yang kian merebak di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2017 07:09PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:06PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam memberikan pandangan beliau mengenai fenomena Islamofobia yang kian merebak di seluruh dunia dan bagaimana gambaran tidak benar tentang Islam mempengaruhi politik dan pendapat umum.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan pentingnya keharmonian silang agama untuk menentang Islamofobia di Singapura.

Encik Shanmugam berkongsi pandangannya itu semasa bercakap di luar satu acara kawasan undi malam ini (31 Dis).

"Islamofobia itu sendiri buruk. Ia tidak boleh diterima sama sekali. Ia juga meningkatkan risiko keganasan baik dari pengganas yang membunuh menggunakan nama Islam mahupun dari mereka yang mahu menyerang Muslim.

"Terdapat Muslim yang merupakan pengganas, mereka yang tidak bersikap tolak ansur, melaungkan slogan-slogan, memperjuangkan keganasan, membuat saranan-saranan tidak masuk akal dan tidak munasabah tentang orang bukan Muslim, kaum wanita dan sebagainya. Namun mereka hanya segelintir. Kita juga harus jujur - setiap agama mempunyai individu sedemikian.

"Kita perlu ingat bahawa sebahagian besar mangsa pengganasan adalah Muslim sendiri. Lelaki, wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.

"Keupayaan kita untuk mengubah dunia terhad. Namun kita mesti lakukan yang terbaik untuk mencuba dan memastikan Islamofobia seumpama itu tidak masuk ke dalam negara ini dan menggalak keharmonian silang agama."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan