Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu cegah ucapan menyinggung perasaan dari jadi arus perdana: Shanmugam

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam menekankan pentingnya Singapura mencegah ucapan-ucapan yang menyinggung perasaan daripada menjadi arus perdana.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu cegah ucapan menyinggung perasaan dari jadi arus perdana: Shanmugam

Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik K Shanmugam. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 10:35PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 10:39PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam menekankan pentingnya Singapura mencegah ucapan-ucapan yang menyinggung perasaan daripada menjadi arus perdana.

Beliau berucap kepada hampir 100 peserta satu dialog anjuran Fakulti Perhubungan dan Media Baru Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Khamis (22 Ogos).

Encik Shanmugam menyentuh tentang iklan "E-Pay" baru-baru ini serta video rap yang dihasilkan oleh dua beradik, Preeti Nair dan Subhas Nair.

"Jika masyarakat berpendapat video seperti itu, pada masa depan tidak dianggap sebagai satu kesalahan, maka undang-undang akan perlu diubah dan anda adalah golongan yang akan menentukan apakah undang-undang yang akan digubal, kerana undang-undang mencerminkan nilai-nilai sosial sesuatu masyarakat," kata Encik Shanmugam.

"Undang-undang akan diubah jika itu yang anda mahukan. Kalau itu yang diinginkan oleh majoriti. Jika pemerintah tidak berupaya untuk mendesak majoriti bahawa kita perlu mengekalkan undang-undang yang ada, adalah tugas saya dan sesiapa sahaja dalam pucuk pimpinan.

"Adalah tugas kami untuk membentangkan kepada anda secara adil, apakah kesan-kesannya - seperti yang anda timbulkan, tidakkah masyarakat yang menilainya? Saya akan beritahu mereka, itulah yang diucapkan setiap orang dalam setiap masyarakat. Biarkan masyarakat menilainya," ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menarik perhatian, bukan salah untuk masyarakat membincangkan soal kaum tetapi apa yang menjadi bantahan adalah nada dan bahasa digunakan yang menyinggung perasaan.

Beliau berkata, menurut satu tinjauan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), daripada lebih 1,000 responden, ramai yang sedar tentang insiden tersebut. Namun, hanya 10 peratus yang menonton video itu.

Sementara itu, 70 peratus menyokong tindakan tegas yang diambil oleh pemerintah demi keharmonian kaum.

Tinjauan tersebut meliputi 20 soalan yang menyentuh soal warna kulit, undang-undang dan pelibatan masyarakat. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan