Images

Perlu bersedia buat penyesuaian pantas di tengah pandemik: Dr Maliki Osman

SINGAPURA: Bersedia untuk membuat penyesuaian dengan cepat, di tengah-tengah pandemik.

Demikian nasihat Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman, di majlis tamat pengajian Politeknik Temasek pada Isnin (3 Mei).

Satu contoh adalah bagaimana para pelajar perlu menyesuaikan diri terhadap cabaran pembelajaran - seperti menjalani latihan amali secara maya.

Dr Maliki berkata pengalaman para pelajar berkenaan tentang cara syarikat-syarikat menyesuaikan urusan operasi atau model perniagaan adalah pengalaman yang cukup penting.

Beliau turut memuji Politeknik Temasek kerana meluaskan bantuan kewangan dan sokongan mental kepada para pelajar memerlukan.

Sekolah itu sudah mengagihkan sekitar S$38,000 kepada hampir 100 pelajar dari keluarga yang menghadapi cabaran kewangan akibat COVID-19.

- CNA/NA/tq

Top