Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlindungan lebih luas diusulkan di bawah pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda

Anak-anak yang didera atau diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka mungkin boleh mendapatkan perlindungan sehingga mereka berusia 18 tahun di bawah pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda yang diusulkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2019 10:24AM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 12:58AM

SINGAPURA: Anak-anak yang didera atau diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka mungkin boleh mendapatkan perlindungan sehingga mereka berusia 18 tahun di bawah pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda yang diusulkan.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan bahawa pihaknya menyedari bahawa ada belia lebih dewasa yang tidak mempunyai keupayaan fizikal atau kematangan untuk melindungi diri mereka daripada bahaya.

Perubahan yang diusulkan itu akan membolehkan kementerian tersebut untuk campur tangan dan melindungi mereka dengan lebih baik.

MSF juga ingin mengubah takrifan pesalah muda supaya ia juga merangkumi mereka yang berusia sehingga 18 tahun, berbanding 16 tahun buat masa ini.

Ini bermakna, mereka yang sebelum ini dipenjarakan atas kesalahan yang dilakukan, sebaliknya akan layak untuk menjalani pemulihan.

MSF mengalu-alukan maklum balas orang ramai mengenai perubahan yang diusulkan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan