Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlanggaran USS John S McCain disebabkan 'membelok secara tiba-tiba'

Perlanggaran antara kapal perang Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat, USS John S McCain dengan kapal tangki minyak di perairan Singapura pada 21 Ogos adalah kerana kapal perang itu 'membelok ke kiri secara tiba-tiba'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Mar 2018 03:02PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 10:35PM

SINGAPURA: Perlanggaran antara kapal perang Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat, USS John S McCain dengan kapal tangki minyak di perairan Singapura pada 21 Ogos adalah kerana kapal perang itu 'membelok ke kiri secara tiba-tiba'.

Demikian kesimpulan Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) yang mengeluarkan hasil siasatannya berhubung nahas tersebut hari ini (8 Mac).

"Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah memuktamadkan siasatan keselamatannya ke atas perlanggaran yang melibatkan kapal tangki minyak yang berdaftar di Liberia, Alnic MC (AM) dengan kapal Angkatan Tentera Laut AS, USS John S McCain yang berlaku di perairan Singapura pada 21 Ogos 2017," demikian menurut kenyataan itu.

Dalam rumusannya, TSIB menyatakan bahawa perlanggaran antara kedua-dua kapal itu berlaku sedang ia "melakukan persinggahan di Selat Singapura" semasa kapal perang berkenaan" dengan tiba-tiba membelok ke arah Pelabuhan".

Menurut TSIB selanjutnya, kapal perang itu "membelok ke kiri secara tiba-tiba dan masuk ke laluan AM disebabkan tersilap langkah yang berlaku selepas kawalan merejang kapal diubah."

Namun, "pasukan penyiasat menarik perhatian bahawa Angkatan Tentera Laut AS dan pengendali kapal tangki minyak itu, AM Stealth Maritime Corporation S.A yang berdaftar di Liberia mematuhi tindakan keselamatan yang betul untuk mengelak berlakunya insiden yang serupa," kata seorang jurucakap TSIB dalam satu kenyataan.

Ia turut menambah bahawa Angkatan Tentera Laut AS sedang menimbangkan untuk memperkenalkan sistem kawalan dan mengarahkan anak kapalnya menjalani kursus Pengurusan Sumber Kapal.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan