Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkukuh daya tahan rantaian bekalan penting untuk majukan integrasi ekonomi, tekan Dr Balakrishnan

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan menekankan kepentingan memajukan integrasi ekonomi dan mengekalkan aliran perdagangan dan pelaburan dengan mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perkukuh daya tahan rantaian bekalan penting untuk majukan integrasi ekonomi, tekan Dr Balakrishnan

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 Jun 2021 01:03PM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 01:05PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan menekankan kepentingan memajukan integrasi ekonomi dan mengekalkan aliran perdagangan dan pelaburan dengan mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan.

Dr Balakrishnan berucap di Persidangan Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China pada Rabu (23 Jun).

Sidang maya itu, yang dipengerusikan Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Menteri Ehwal Luar China Wang Yi, dihadiri 29 negara.

"Di antara banyak gangguan yang dicetuskan COVID-19, mempunyai rantaian bekalan yang stabil dan berdaya tahan tetap menjadi kunci untuk memastikan aliran berterusan barangan penting dan bekalan perubatan," kata Dr Balakrishnan.

Beliau memetik Inisiatif Keterhubungan-Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baru (CCI-ILSTC) antara China dengan Singapura sebagai satu contoh untuk memupuk hubungan yang lebih baik menjangkaui inisiatif jaluran dan laluan sutera.

CCI-ILSTC adalah inisiatif utama di bawah CCI, iaitu projek dari Pemerintah ke Pemerintah yang ketiga Singapura dengan China.

Dr Balakrishnan berkata inisiatif itu terbukti sebagai laluan perdagangan alternatif yang boleh dilaksanakan dan berkesan, mencatatkan peningkatan aliran kargo tahun ke tahun sebanyak 30 peratus pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, di tengah-tengah pandemik COVID-19.

VAKSIN PELBAGAI HALA DAN PERUBAHAN IKLIM

Dr Balakrishnan juga menekankan sokongan kuat Singapura untuk vaksin pelbagai hala dan komitmen untuk menangani pandemik COVID-19, dengan menyatakan bahawa pengedaran vaksin yang adil dan saksama adalah penting untuk pemulihan sejagat.

"Kami juga sudah mula berbincang dengan banyak rakan kongsi, termasuk China, tentang pengiktirafan bersama sijil kesihatan untuk memudahkan perjalanan semula yang selamat dan ini kami yakin sangat penting untuk pemulihan global yang mampan," kata beliau.

Mengenai perubahan iklim, Dr Balakrishnan berkata dunia tidak boleh melupakannya sambil menyifatkannya sebagai satu ancaman yang sentiasa wujud.

"Malah, saya boleh memberitahu anda daripada pengalaman peribadi bahawa Perjanjian Paris adalah hasil penting daripada kerjasama hebat antara Amerika Syarikat, China, Eropah dan seluruh dunia," katanya.

Dr Balakrishnan turut menarik perhatian kepada Pelan Singapura Menghijau 2030 yang menggariskan pendekatan seluruh negara untuk pembangunan yang mampan.

Beliau berkata Singapura komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam bidang seperti kewangan hijau dan huraian tenaga bersih.

Beliau menambah Singapura yakin terdapat banyak peluang bagi rakan-rakan kongsi untuk bekerjasama dengan secara membina dalam mencari huraian inovatif lagi mampan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan