Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkemas undang-undang sedia ada bagi tangani berita palsu, kata pakar

Perkemas rangka kerja undang-undang sedia ada bagi menangani kepalsuan online yang disengajakan lebih sesuai berbanding mewujudkan undang-undang "menyeluruh".

Anggaran Waktu Membaca:
Perkemas undang-undang sedia ada bagi tangani berita palsu, kata pakar

Pensyarah undang-undang Profesor Madya Eugene Tan.

Diterbitkan : 29 Mar 2018 12:04AM Dikemas Kini : 29 Mar 2018 12:07AM

SINGAPURA: Perkemas rangka kerja undang-undang sedia ada bagi menangani kepalsuan online yang disengajakan lebih sesuai berbanding mewujudkan undang-undang "menyeluruh".

Demikian menurut Profesor Madya Undang-Undang Eugene Tan hari ini (28 Mac).

Ini tidak kira sama ada kepalsuan itu disebarkan online ataupun sebaliknya, kata pensyarah undang-undang di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu.

Beliau menyertai beberapa individu lain sebelum ini, seperti para aktivis dan kumpulan-kumpulan hak, menyuarakan keprihatinan tentang pengenalan undang-undang baru bagi menangani berita palsu dalam perwakilan Jawatankuasa Pilihan Kepalsuan bagi Online Disengajakan (DOF).

Undang-undang khusus seperti itu boleh menjejas tenaga dan mobilisasi yang diperlukan untuk membanteras kepalsuan online disengajakan, tegas beliau.

Pada hal hujah-hujah lebih berkesan diperlukan untuk menangani kepalsuan online, katanya.

Perbincangan tentang "isu-isu sensitif" seperti kaum, agama dan bahasa mungkin akan dilakukan secara rahsia kerana takut menyinggung atau dikenakan tindakan undang-undang, tambah beliau semasa ucapannya.

Usaha memerangi berita palsu itu bukanlah "permainan kalah menang", di mana untuk berjaya melakukannya bermakna menyekat kebebasan bersuara, kata beliau.

"Terdapat kebaikan dan keberkesanan apabila mengekalkan pelbagai peruntukan dalam pelbagai undang-undang yang boleh digunakan bagi menangani perbuatan melampau melibatkan kepalsuan disengajakan online," kata beliau dalam kenyataan bertulisnya kepada jawatankuasa tersebut.

Beliau berkata jika seseorang mengadakan kepalsuan untuk menjadikan Singapura sebagai sasaran, pelbagai undang-undang sedia ada dari Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Mengekalkan Keharmonian Agama malah Akta Keselamatan Dalam Negeri juga boleh digunakan.

"Kita tidak perlu menggubal undang-undang baru melainkan rangka kerja undang-undang sedia ada jelas menunjukkan ia tidak mencukupi walaupun pindaan dikuatkuasakan," kata beliau, sambil menambah perlu diberi perhatian bahawa tiada satu pun undang-undang khusus bagi menangani isu pengganasan.

"Mana-mana undang-undang baru harus mematuhi peraturan undang-undang dan meningkatkan keyakinan bahawa ia bukan direka untuk membendung perbincangan awam yang bertenaga mahupun menapis dan menekankan pendapat politik," kata beliau.

JIKA BUKAN UNDANG-UNDANG...

Menyifatkan obsesi Amerika Syarikat terhadap campur tangan Rusia dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2016 sebagai satu "selindung niat sebenar", beliau berkata kempen-kempen kepalsuan disengajakan boleh dianggap berjaya apabila terdapat "kepercayaan" dalam kalangan masyarakat.

Beliau menganjurkan tumpuan diberikan kepada ancaman dari dalam negara dan bukan yang menyasarkan ancaman dari kepalsuan disengajakan untuk menangani puncanya.

Memandangkan mengapa dan bagaimana kepalsuan disengajakan mendapat perhatian di Singapura mungkin berbeza daripada negara lain, memahami konteks unik tentang pentingnya kepalsuan itu adalah genting, kata Profesor Madya Tan.

BIMBANG BERITA PALSU JEJAS POLITIK?

Pada bulan Januari tahun ini, Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan mengeluarkan Kertas Hijau berhubung ancaman berita palsu yang menekankan bahawa perbincangan politik dan sosial seringkali boleh dipengaruhi kepalsuan disengajakan.

Prof Tan berkata dari Kertas Hijau itu kelihatannya Pemerintah bimbang kepalsuan disengajakan akan mempengaruhi pilihan raya di Singapura.

Beliau mencadangkan
komunikasi politik didedahkan pada masa nyata, khususnya iklan berbayar dan menggesa usaha ke arah komunikasi telus dan bertanggungjawab, lebih-lebih lagi semasa kempen pilihan raya.

"Parlimen boleh menimbangkan undang-undang yang memerlukan parti politik dan calon pilihan raya mendedahkan kepada umum di media sosial,perbelanjaan mereka bagi pilihan raya," kata beliau.

Prof Tan juga tidak menyarankan agar kandungan politik dikawal kecuali bagi sekatan sedia ada yang dibenarkan undang-undang.

"Rakyat Singapura tidak boleh dilindungi daripada pertukaran buah fikiran dan idea secara bertenaga dan bertanggungjawab dalam dunia politik. Ia dengan sendirinya boleh menjadi alat yang baik untuk membanteras maklumat salah," tambah beliau.  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan