Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjanjian dagangan AS-China asas bagi kedua-dua negara bekerjasama, tapi perbezaan kekal wujud: Chan Chun Sing

Satu perjanjian dagangan "bersejarah" dicapai antara China dengan Amerika Syarikat yang menjadi asas bagi kedua-dua negara itu bekerjasama dan membangunkan kepercayaan strategik, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Khamis (16 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian dagangan AS-China asas bagi kedua-dua negara bekerjasama, tapi perbezaan kekal wujud: Chan Chun Sing

(Gambar: SAUL LOEB/AFP)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 11:07PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 11:08PM

SINGAPURA: Satu perjanjian dagangan "bersejarah" dicapai antara China dengan Amerika Syarikat yang menjadi asas bagi kedua-dua negara itu bekerjasama dan membangunkan kepercayaan strategik, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Khamis (16 Jan).

Perjanjian "Fasa Pertama" itu membolehkan kedua-dua negara memahami dengan lebih baik lagi bagaimana mereka boleh bekerjasama, menurut Encik Chan semasa satu wawancara menjelang laporan prestasi tahunan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Beliau menarik perhatian bahawa Singapura mempunyai sebab untuk berasa optimistik kerana beberapa aliran pelaburan, kelebihan daya saing, kemahiran generasi baru dan latihan semula pekerja pertengahan usia. Bagaimanapun, sifat optimistik itu harus diiringi dengan penuh berhati-hati, terutama berhubung ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang berlarutan selama sekitar dua tahun.

"Ia bukan sahaja mengenai perjanjian dagangan. Ia mengenai bagaimana anda melaksanakan perjanjian perdagangan dan bagaimana anda menyelesaikan masalah," katanya.

Meskipun pemetraian perjanjian dagangan itu amat menggalakkan, "kita harus sedar masih lagi ada banyak perbezaan antara Amerika Syarikat dengan China. Antara perbezaan yang wujud adalah seperti teknologi, bagaimana mereka merancang sistem pengeluaran masing-masing, sistem R&D dan secara umumnya, bagaimana mereka merancang sistem ekonomi masing-masing," menurut Encik Chan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan