Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perincian inisiatif latihan, sokongan pembiayaan didedahkan dalam Belanjawan Negara

Lebih banyak langkah mengenai inisiatif latihan dan sokongan pembiayaan akan didedahkan dalam Belanjawan Negara yang akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Perincian inisiatif latihan, sokongan pembiayaan didedahkan dalam Belanjawan Negara

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 05:23PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 05:26PM

SINGAPURA: Lebih banyak langkah mengenai inisiatif latihan dan sokongan pembiayaan akan didedahkan dalam Belanjawan Negara yang akan datang.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon berkata demikian semasa melawat syarikat teknologi perubatan tempatan, Racer Technology.

Sehingga kini seramai 4,000 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen dari 1,500 syarikat sudah mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif latihan dan peningkatan kemahiran seperti itu.

Dr Koh menarik perhatian kepada Inisiatif Kilang Model oleh Agensi A*Star yang sudah membolehkan pelaksanaan 137 projek pendigitalan proses pengilangan.

Projek-projek seperti itu sudah membolehkan kilang seperti Racer Technology meningkatkan kecekapan kos sebanyak 40 peratus setakat ini.

Selain itu para pegawai A*Star sudah dipinjamkan kepada syarikat itu manakala 15 kakitangannya mengikuti kursus peningkatan kemahiran.

Dr Koh berkata langkah-langkah itu amat penting dalam proses mengubah syarikat-syarikat pengilangan bersaiz kecil dan sederhana agar dapat bersaing di dalam dan luar negeri.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan