Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Periksa dahulu sebelum kongsi maklumat, nasihat MUIS

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Selasa (3 Ogos) menggesa masyarakat Muslim supaya mengesahkan sumber sebarang mesej atau maklumat yang diterima di media sosial sebelum mengongsikannya dengan orang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Periksa dahulu sebelum kongsi maklumat, nasihat MUIS

(Gambar: Petikan dari mesej WhatsApp)

BERITAmediacorp: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Selasa (3 Ogos) menggesa masyarakat Muslim supaya mengesahkan sumber sebarang mesej atau maklumat yang diterima di media sosial sebelum mengongsikannya dengan orang lain.

Dalam kiriman mesej yang dihantar melalui saluran WhatsApp Muis, agensi itu menukil contoh satu mesej tular yang mengandungi sebuah artikel di mana seorang pemegang francais gagal untuk memasarkan ayamnya sebagai mesra Muslim di Chicago, Amerika Syarikat kerana ia melanggar dasar korporat KFC.

Menurut Muis, mesej itu turut mengandungi seruan supaya masyarakat Muslim memboikot KFC kerana ia bersifat 'anti-Islam'. Ini selain ramuannya didapati mengandungi minyak khinzir.

Meskipun mesej itu mengandungi beberapa dakwaan tentang KFC, kesemua dakwaan yang disebutkan tidak terkandung dalam rencana yang dinukil, menurut Muis.

Rencana tersebut pula diterbitkan di laman www.courthousenews.com sekitar 3.5 tahun lalu dan ia membentangkan tentang topik yang berlainan.

(Petikan dari mesej melalui saluran WhatsApp Muis)

Menurut Muis, pihak yang mengirimkan mesej palsu akan bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan menyertakan sebaris ayat yang berbunyi: "disampaikan seperti mana ia diterima" dan ini sekali gus menggalakkan para penerima untuk "menghantarkannya seperti mana ia diterima".
Oleh itu, penting bagi orang ramai memeriksa sumber mesej atau maklumat di WhatsApp sebelum menyebarkannya, gesa Muis.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan