Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pergerakan buruh mungkin saran usia persaraan dan pengambilan semula pekerja dinaikkan

Kumpulan kerja tiga pihak mengenai para pekerja lebih tua dijangka mengemukakan laporannya, lewat tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pergerakan buruh mungkin saran usia persaraan dan pengambilan semula pekerja dinaikkan

Pekerja tua di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 01 May 2019 05:35PM Dikemas Kini : 01 May 2019 05:37PM

SINGAPURA: Kumpulan kerja tiga pihak mengenai para pekerja lebih tua dijangka mengemukakan laporannya, lewat tahun ini.

Berucap di Rapat Hari Buruh pagi tadi (1 Mei), Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata pergerakan buruh mungkin menyarankan langkah menaikkan usia persaraan dan usia pengambilan semula pekerja.

Encik Ng menambah ramai pekerja lebih tua sudah melahirkan keinginan untuk kekal aktif dan terus bekerja.

Kumpulan kerja tiga pihak yang dipimpin Timbalan Setiausaha Agung NTUC Heng Chee How sedang bekerja keras dengan semua pihak dan mereka berharap akan dapat mengemukakan laporan kepada pemerintah pada enam bulan kedua tahun ini.

Mengenai Jawatankuasa Latihan Syarikat CTC yang diumumkan baru-baru ini, Encik Ng berkata ia akan membantu syarikat-syarikat mempercepat penggunaan teknologi sedang mereka berkembang.

NTUC juga akan dapat menasihati para peniaga tentang pelbagai geran pemerintah yang boleh membantu mereka.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan