Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pergas mahu terus bekerjasama bangun asatizah dengan CE baru MUIS, Esa Masood

Pergas juga melahirkan harapan agar Encik Esa dapat menerajui MUIS "ke tahap lebih tinggi demi memenuhi aspirasi masyarakat Islam" setempat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pergas mahu terus bekerjasama bangun asatizah dengan CE baru MUIS, Esa Masood

Timbalan Ketua Eksekutif MUIS Encik Esa Han Masood.

BERITAmediacorp: Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) berharap untuk bekerjasama dengan bakal Ketua Eksekutif baru Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Esa Han Hsien Masood, termasuk dalam pembangunan para asatizah Singapura.

Pergas juga melahirkan harapan agar Encik Esa dapat menerajui MUIS "ke tahap lebih tinggi demi memenuhi aspirasi masyarakat Islam" setempat.

Demikian menurut CEO Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff dalam kenyataan media yang dikirimkan kepada BERITAmediacorp.

"Kami juga berharap MUIS dapat terus bekerjasama dengan rakan kepentingan seperti Pergas dalam beberapa perkara berkaitan seperti pembangunan asatizah Singapura dan lain-lain," kata Ustaz Mohammad Yusri.

Menerusi kenyataan media itu, Ustaz Mohammad Yusri turut mengucapkan tahniah kepada Encik Esa.

Encik Esa, yang ketika ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS itu bakal mengambil alih pucuk pimpinan majlis tersebut berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

CE sekarang, Encik Abdul Razak Hassan Maricar, akan melepaskan jawatan tersebut setelah lima tahun memimpin MUIS, dan bakal bersara pada 31 Disember tahun ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan